Hari ini dalam sejarah : 2 Januari 1962 – KEJOHANAN BADMINTON ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH ASIA TENGGARA

Tarikh Peristiwa : 02.01.1962 (sumber)

Pada hari ini dalam tahun 1962, Kejohanan Badminton antara sekolah-sekolah Asia Tenggara telah diadakan di Dewan Persatuan Badminton Selangor. Terdapat lima buah negara yang menyertai kejohanan itu, antaranya ialah Thailand,India, Ceylon, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Kejohanan tersebut merupakan anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Persekutuan Tanah Melayu. Tujuan utama kejohanan badminton itu diadakan adalah untuk mencungkil dan memperkenalkan bakat-bakat baru, mengeratkan perhubungan dan memajukan sukan badminton di Asia Tenggara. Dalam kejohanan tersebut Persekutuan Tanah Melayu telah diwakili oleh Yew Cheng Hoe, Tan Soon Hooi, Khoor Cheng Chye, Lee Cheng Hoe, Chin Wah Seng, Khoo Keng Choo dan P. Gunalan. Dalam perlawanan awal Persekutuan Tanah Melayu telah mengalahkan  Thailand  9-0. Manakala di peringkat akhir pula Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya mengalahkan Ceylon 5 – 0. Kejayaan Persekutuan Tanah Melayu melalui Yew Kheng Hoe penyandang gelaran johan perseorangan, amat membanggakan selain gelaran johan bergu yang dimenangi oleh Khir Cheng Chye dan Chin Wah Seng. Sesungguhnya kejohanan badminton antara sekolah-sekolah Asia Tenggara yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Tanah Melayu merupakan usaha untuk memperkenalkan bakat-bakat baru dalam permainan badminton di samping memupuk persefahaman di kalangan negara-negara Asia Tenggara .

Hasil carian :

One thought on “Hari ini dalam sejarah : 2 Januari 1962 – KEJOHANAN BADMINTON ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH ASIA TENGGARA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge