Harga advertorial saya berapa?

Harga advertorial saya

Lepas baca entri uncle zuan pasal etika perniagaan orang islam, saya rasa saya patut buat entri pasal harga advertorial saya.

Dalam entri tu, saya ada komen, klik sini untuk terus lompat ke komen tu. Komen saya macam ni.

sebab tu, bila orang nak hire saya untuk buat advertorial, saya mintak mereka letakkan harga, kalau dia nak juga saya letak harga, saya letak satu harga, dan tanya dia sanggup ke tak, biasanya diorang sanggup terus, tapi masalah orang kita, bila saya letak harga, dia rasa tinggi, tak nak pulak dia bargain, trus senyap je… huhu

Itulah masalah saya, bila orang nak upah saya tulis advertorial dia, saya akan tanya berapa budget dia, berapa yang dia mampu nak bayar, sebab pada saya, saya nak kan kepuasan kedua-dua belah pihak, dia mampu nak bayar harga advertorial saya dan saya gembira dengan nilai yang dibayar.

harga advertorial

Tapi bila klien atau bakal pelanggan saya tak tahu berapa yang patut dibayar, mungkin dia takut nilai yang dia letak terlalu rendah, dan mintak saya letakkan juga satu harga, saya akan buat kajian.

Saya akan buat kajian tentang perniagaan dia, saya akan kaji laman web yang dia minta saya tampilkan tu dan beberapa kajian lain. Dan saya akan cuba letakkan satu harga.

Dimana harga tu, melebihi kos server saya dan anggaran kemampuan pelanggan berdasarkan kajian-kajian saya tadi.

Biasanya harga yang saya letak, laju je orang setuju, setuju dengan gembiranya…

Tapi tak semudah itu, ade je yang tak setuju dengan harga advertorial yang saya letak(agaknyalah). Sebab lepas saya letak, dia terus senyap.

Padahal saya dah cakap, harga boleh runding, berapa yang dia mampu? kalau harga yang saya letak tu tinggi, mintak kurang sikit, masih boleh nego harga advertorial tu, janganlah bimbang.

Blog ni bukanlah cemerlang, gemilang sangat macam blog lain, walaupun blog ni dah agak lama, tapi penulisan saya dulu kebanyakkannya sampah… ejaan ikut sedap tekak, ayat kelaut, SEO memang tak ada, update ikut suka (dulula).

Sekarang ni ok la sikit, malas-malas saya nak blogwalking pon, trafik masih cecah target, update pon berkala setiap dua hari, ejaan sehabis baik saya eja dengan penuh, dan saya pastikan setiap entri baru, level penunjuk SEO mesti hijau.

Kalau ada yang nak tanya macam mana nak kasi hebat SEO, korang kena beli kitab pink SEO rakan blogger nih

Advertotial ni tak buatkan saya kaya pon, sebab baru berapa je job advertorial saya dapat, nak dapat sebulan sekali pon kadang-kadang payah, paling banyak pon tiga advertorial dalam masa sebulan.

Harga saya tak tinggi pon, janganlah takut nak tanya, emel je saya di admin@alongxp.com, tanya harga.

Dapat tampung harga server dah cukup dah, tapi, lagi tinggi nilai yang anda mampu bayar, motivasi saya untuk tulis pengiklanan anda akan meningkat, saya makin bersungguh-sungguh. tu je bezanya.

Kalau harga renda sekali pon, saya tetap tulis, hasil penulisan tu insyaallah anda akan puas hati, olahan ayat yang saya hasilkan tu mungkin akan buat orang tertarik, sekurang-kurangnya untuk ke laman web anda.

Jadi jangan segan nak bincang harga ok?

Hasil carian :

(Visited 157 times, 4,591,173)

30 thoughts on “Harga advertorial saya berapa?

  1. Saya juga da tetapkan harga tetapi mereka pernah offer harga mereka lebih dari harga yang saya tawarkan cuma mereka minta saya untuk bantu promosi kan sekali sbb tu mereka bagi harga lebih.. tapi baru ni rugi long 1k sbb line punya pasal gagal siapkn iklan,banner n review..redha je..
    eyfa writer kata cerita ni best –>>Sah!Hanez Suraya Bertunang.

  2. Blogger sendu cam saya , kalau tanya berapa dia boleh bayar sah2 rm10 je kot diaorang letak..hahahhaha..tambah pulak saya menulis gaya santai2 je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge