Gasket head terbakar, hari raya dah dekat

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca alongxp.com. Yup, itulah yang terjadi, gasket head terbakar dikala hari raya dah dekat.

Kali terakhir saya rasa nak menangis sangat bila mengenangkan raya dah dekat adalah pada tahun 2009. Siapa yang kenal saya dengan sangat rapat, dia tahu lah kenapa.

Tapi selepas 7 tahun, sekali lagi saya nak menangis bila mengenangkan gasket head terbakar.

Ok, ni cerita pasal enjin kereta la, kot sape yang tak faham hujung pangkal amende gasket head tu kan? Gasket head ni kira macam pelapik yang sangat penting antara head dan block macam ditunjukkan dalam rajah kat bawah ni.

gasket headSebagai seorang juruteknik komputer, saya tak tahu fungsi gasket head ni yang sebenar-benarnya. Saya cuma tahu, antara simptom gasket head terbakar adalah termperature akan rajin naik.

Tapi hasil bacaan saya dan lepas berbual dengan sorang jiran yang pernah kerja sebagai foreman atau mekanik, ada beberapa akibat yang akan berlaku.

Antaranya, macam saya cakap tadila, temperature akan selalu naik, walaupun masa jam kejap sebab ada kemalangan kat highway plus macam saya kena satu masa dalam tahun ni jugak.

Bayangkanlah, masa tu malam, cuaca tak lah panas sangat, pon boleh naik, kalau kena siang? “menangis hati ini” kata siti nordiana

menangis hati ini siti nordiana

Apsal gamba ni ada bahagian censored pulak? sebab tu bahagian rambut, ni kan zaman dia memuda, sekarang kan dia dah bertudung, respect sikit la kan?

Macam mana buat yang censored tu? baca ni… cara nak buat gambar censored

Gasket head terbakar

Kembali kepada topik gasket head terbakar. Ni contoh gambar gasket head terbakar.

gasket head terbakarnampak tak ada pecah kat bahagian tengah antara 2 bulatan besar tu? haaa… tu salah satu akibat kalau gasket head terbakar.

Kesan kepada akibat gasket head terbakar ni, kata jiran saya, enjin akan jadi macam running 3 piston, tapi tak mati dia kata. tu sebab pembakaran yang tak sempurna.

Tapi hasil bacaan saya, apakah kesan yang lebih teruk kalau gasket head terbakar? Air masuk kat tempat piston macam gambar kat bawah ni.

kalau gasket head bocoratau mungkin lebih teruk macam ni.

enjin masuk air

Dan saya rasa inilah yang saya hadapi, sebab bila enjin saya tu dok semput-semput, saya tekan minyak kaw-kaw, akan keluar pancutan yang berbau minyak, mula-mula saya ingat minyak je, tapi tak mustahil ianya adalah campuran air dan minyak kan?

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,566 times, 4,597,465)

So, dikala nak raya ni la kereta kena repair bukan sikit-sikit, roadtax kereta mati, matilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Hasil carian :

(Visited 207 times, 4,597,465)

7 thoughts on “Gasket head terbakar, hari raya dah dekat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge