Gambar komputer awal (1940an-1960an)- part 2

Lazada Malaysia

ok,ni sambungan entri semalam… Gambar komputer awal (1940an-1960an)- part 1. hari ni alongxp nak tunjuk 9 lagi komputer tahun 1940an hingga 1960an.

Bendix G-15(1956)

Bendix G-15 seberat 450 kg (950 lb) dan berharga sekitar $60,000. Mempunyai memori sebanyak 2,160 29-bit word bersamaan 7.6 kilobait. Ada kalanya ia dipanggil PC pertama, tapi ada gak yang tak setuju. Lebih 400 unit dikeluarkan.

Pegasus(1956)

(Pegasus 2 di Muzium Sains di London)

Ferranti Pegasus, komputer British ini di reka dan dibina agar ianya murah dan boleh digunapakai.Mempunyai memori 25 kilobait atau 5,120 40-bit word. Pegasus 2 yang dikeluarkan pada 1959 masih beroperasi di Muzium Sains di London. Ianya komputer digital tertua didunia.

 

AN/FSQ-7(1958)

Rajah(atas): Setiap kabinet mempunyai telefon untuk menjimatkan masa untuk memanggil jika ada masalah. Rajah(bawah): Konsol kawalan SAGE. Setiap konsol mempunyai lighter dan tempat habuk rokok.(Apa neraka?) 

Rentetan kejayaan Whirlind, AN/FSQ-7 dibina berdasarkan komputer itu oleh IBM dengan kerjasama Tentera Udara US untuk digunakan dengan Sistem Pertahanan Udara SAGE. Kadang2 ianya dianggap komputer Whirlind II. Sebijik komputer mememerlukan sehingga 2,000 meter persegi dan seberat 275 tan. Sebanyak 52 buah dibina dan ianya komputer paling besar pernah dibina. AN/FSQ-7 mampu menjalankan 75,000 arahan setiap saat.

 

IBM 7090


Sebuah IBM 7090 berharga $2.9 juta dan dibina untuk aplikasi sains dan teknologi berskala besar. Ia juga digunakan untuk mengawal kapal terbang angkasa NASA. Sistem 7090 pernah ditampilkan dalam filem Dr.Strangelove. Satu versi baru dibina pada tahun 1961 iaitu IBM 7094 dan menjadi komputer pertama yang menyanyikan lagu Daisy Bell.

 

AKAT-1(1959)

AKAT-1 ialah penganalisis pembezaan berasaskan transistor pertama di dunia, direkabentuk khusus untuk menyelasaikan sistem persamaan pembezaan. Ia tidak pernah dikeluarkan secara besar-besaran disebabkan polisi negara pada masa itu.

 

Datasaab D2(1960)

Komputer konsep yang dibina di Sweeden ini juga tidak pernah dikeluarkan secara besar-besaran. Dengan berat 200kg “je” ni, komputer ni “mungkin” boleh diletakkan atas meja(meja dulu boleh la beb). Ia mempunyai lebih kurang 15kb dan mampu melakukan 100,000 penambahan sesaat. Ia adalah prototaip untuk menguji kemungkinan bantuan pelayaran berkomputer dalam kapal terbang. Datasaab ialah bahagian komputer pengeluar pesawat ,Saab.. pembuat jet pejuang untuk Sweeden.

BRLESC I(1962)

Singkatan bagi Ballistic Research Laboratories Electronic Scientific Computer. Seperti namanya yang dicadangkan ini,komputer ini di reka khasnya untuk tugasan ketenteraan dan saintifik. Ia mampu melakukan 5 juta operasi sesaat dengan memori 36 kilobait.

 

Honeywell 200(1963)

Dibina untuk bersaing dengan komputer komersial yang mampu dimiliki dari IBM. Bahasa himpunan natif  yang digunakan untuk memprogramkan komputer ini dinamakan Easycoder. Bahasa himpunan senang(easycode)?,yup… masa tu bahasa himpunan(assembly language) dikira sebagai senang.

 

UNIVAC 1108(1964)

Juga sebuah komputer berasaskan transistor dan mampu menampung 3 CPU/processor dan mempunyai memori hingga 1MB atau lebih. Memorinya menggunakan litar bersepadu (agak jarang pada masa itu) bukan memori teras filem nipis yang digunakan pada model terdahulu, iaitu 1107.

Pesanan penaja :

asap lirik lagu  wajah yang camping

Hasil carian :

One thought on “Gambar komputer awal (1940an-1960an)- part 2

Saya akan sangat gembira jika anda meninggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge