erra fazira ratu cantik 1992

tahun 1992, saya darjah 2, ape yang budak darjah 2 zaman tu tau pasal artis-artis nih? tanya pasal ding dang dia tahu lah kan? hehehehe…. tapi masa dalam peringkat sekolah rendah dulu memang saya tahu lah yang erra fazira ni ratu cantik.

erra fazira

sedikit biodata pasal erra fazira ni, nama bebetul erra fazira ni fazira binti wan chek, erra fazira tu nama komersil la kot, lahir pada 9 febuari 1974 (oooo… tua 10 tahun dari aku) di Sungai Choh, Rawang, Selangor(nak poskod sekali ke? kalau nak, sila komen kat bawah). Erra fazira pernah bersekolah bersama rakan baiknya, aktres Umie Aida di SMK Putri Melawati, Kuala Lumpur.

erra fazira dan anak

ok, ni cerita pasal erra fazira menang pertandingan ratu cantik tu, saya ambil bulat-bulat. erra-fazira-ratu-cantik

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,553 times, 4,595,401)

Pertandingan akhir ratu cantik Miss Malaysia-World 1992 telah berlangsung pada 23 Ogos di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Pertandingan tahun itu merupakan siri yang paling diingati ramai kerana seperti yang diketahui umum ia telah dimenangi oleh Erra Fazira yang kini merupakan seorang pelakon terkenal. Ketika itu nama Erra belum dicipta dan beliau masih menggunakan nama asalnya Fazira.

erra fazira ratu cantik

Pertandingan akhir tersebut disertai oleh 14 orang gadis, iaitu:
  1. Priscilla Ku (24 tahun, berasal dari Melaka)
  2. Cecelia Leong (21, Wilayah Persekutuan)
  3. Lam Woon Nee (20, Perak)
  4. Cynthia Ong (18, Pulau Pinang)
  5. May Yeoh (19, Selangor)
  6. Jojo Tan (19, Johor)
  7. Chew Sing Yee (21, Pulau Pinang)
  8. Fazira Wan Chek (18, Wilayah Persekutuan)
  9. Liew Soo Fon (18, Sarawak)
  10. Wennie Chia (23, Selangor)
  11. Tina Chia (25, Sabah)
  12. Catherine Gripes (19, Sarawak)
  13. Cecelia Lim (25, Johor)
  14. Melissa Choy (25, Melaka)

miss malaysia

Sebelum pertandingan akhir itu berlangsung, media cetak telah memberikan publisiti yang lebih kepada Fazira kerana statusnya sebagai “peserta Melayu tunggal”. Akhbar tabloid Panca (Mingguan Malaysia) menggambarkan Fazira sebagai seorang yang mempunyai perawakan dan personaliti yang menarik, senyuman yang “mengancam”, wajah yang anggun menawan dan jelingan mata yang menggoda. Fazira yang ketika itu masih berusia remaja dilaporkan sedang menuntut dalam bidang komputer di Cyma College, Petaling Jaya, dan beliau juga pernah muncul sebagai model iklan televisyen untuk bedak berjenama Zaiton.

ratu cantik malaysia
Kemenangan Fazira dalam pertandingan Miss Malaysia-World 1992 itu telah melayakkannya menerima hadiah wang tunai $6,000 berserta trofi dan lain-lain barangan berharga. Selain itu Fazira turut memenangi gelaran Miss Polignac Physique dan Miss Fuji Photogenic yang menyediakan hadiah wang tunai $1,000. Dengan kemenangan itu juga Fazira terpilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss World 1992 yang diadakan di Afrika Selatan pada Disember tahun itu.

Pemenang lain dalam pertandingan akhir Miss Malaysia-World 1992 itu ialah Jojo Tan yang mendapat tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai $3,000, dan Cecelia Lim Mei Ping yang mendapat tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai $2,000. Kedua-dua mereka yang berasal dari Johor turut menerima trofi dan lain-lain barangan berharga.

 

Hasil carian :

(Visited 621 times, 4,595,401)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge