Duit mobicow dah masuk untuk kali ke 10

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com. Yes, duit mobicow dah masuk untuk kali ke 10 (kalau saya tak salah kira). Agak-agak kalau orang search duit br1m dah masuk ke belum jumpa tak entri ni? hehehehe

duit mobicow dah masuk

Alhamdulillah, dah 5 bulan berturut-turut berjaya cash out (secara automatik) mobicow ni, dan syukur pendapatan dari mobicow ni dah mampu untuk menampung 2 server saya (siap ada balance lagi).

Kiranya usaha berblogging selama betahun-tahun tak sia-sia lah, Ooops, kantoi bukan blogger newbie hahahahaha.

Oklah, saya mengaku la saya bukan newbie dalam dunia blogging ni, tapi tak bermaksud saya ni dah sampai tahap otai blogger, apatah lagi pakar blog.

Kalau nak ikutkan, dah 10 tahun saya terjebak dalam dunia blog, sebab kali pertama saya ada blog adalah pada tahun 2006 dan rasanya dalam bulan febuari ni jugalah saya mula ada blogspot.

Tapi saya mula rajin nak menulis blog pada tahun 2008, dan pada 2009 mula nak aktif dengan banyak entri hal-hal peribadi yang saya tulis. Tapi masih suam-suam ketiak la aktif tu.

Antara 2010 atau 2011 saya baru lebih aktif.

Macam-macam pengiklanan di blog saya dah pernah guna, nuffnang, adsense, komli h2 amende entah dan sekarang maintain dengan mobicow dan revenuehits je.

Dan hari ni, duit mobicow dah masuk lagi ke dalam akaun paypal saya. Income melalui mobicow ni lebih banyak lah berbanding dengan income dari revenuehits sebab, mobicow ni dia fokus pada pengguna telefon bimbit je. Dan pengguna internet hari ni pun majoriti guna telefon untuk layari internet.

Dulu pengiklanan di blog ni sekadar motivasi untuk lebih rajin menulis je. Tapi hari ni ia dah jadi satu pendapatan sampingan yang diperlukan dek kerana kos sara hidup yang semakin kelangit.

Orang yang kerja suami isteri, gaji berlipat kali ganda pun tak balik kampung sempena raya cina baru ni dek kerana keadaan kewangan.

Nak jadi kaya dengan menulis blog semata-mata bukanlah mustahil, tapi sangat susah untuk di realisasikan. Tambah-tambah ketika ni, setakat 2 kerja tu, memang tak mencukupi untuk tampung kos sara hidup, apatah lagi nak bermewah.

Duit mobicow dah masuk

Aaaaahhh… dah makin kelaut dari topik asal, nak cerita pasal duit mobicow dah masuk je asalnya.

Kepada para blogger, saya amat-amatlah menggalakkan korang join mobicow ni. Sebab pembaca blog sekarang banyak dah yang baca blog melalui telefon bimbit.

Lagipun, dengan mobicow ni, USD5 dah boleh automatic cash out dah masuk ke akaun paypal…

5 usd kalau tukar kepada ringgit malaysia (nilai semasa saya tulis entri ni)

usd rmSo? tunggu apa lagi? Join mobicow dan mula menjana pendapatan dalam usd pulak.

Selamat berjaya

Hasil carian :

(Visited 177 times, 5,234,083)

11 thoughts on “Duit mobicow dah masuk untuk kali ke 10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge