Duit BR1M masuk akaun bank

Beberapa bulan lepas, lepas ambil duit BR1M 2.0 aritu, aku cakap ngan bini aku, kalau boleh time duit BR1M tu keluar, aku tengah tak sesak… sebab kalau boleh aku taknak pergi ambil… sebab tak larat nak beratur lama-lama sampai lenguh kaki, lenguh pinggang, siap ke potong que, siap ada orang bergaduh, ngadap pengurusan yang… cam mana nak cakap e?

duit BR1M masuk akaun bank

camni cerita dia… masa aku amek duit BR1M yang terbaru ni, aku sampai kat kat pintu pagar, kat situ cuma ada penunjuk kekiri untuk BR1M yang bujang, yang kanan BR1M yang dah berkeluarga, lepas tu kemana tak tau, kat sana aku nampak ramai orang, aku ingat kat situ la beratur, bukan… tu orang berkumpul tanpa sebab.. lepastu jumpa lagi ramai orang… pon sama… lepas 2-3 kali jumpa situasi yang sama… aku pon jumpe la barisan yang agak panjang… memula satu barisan, bila aku dah bergerak ke tengah dewan tu, dah jadi 2 barisan… bila sampai hujung dewan, dah jadi 3, bila aku sampai kat pintu nak masuk dewan dah jadi 5 barisan, lepas tu rela-rela yang ada kat situ paksa kitorg berhimpit dari 5 barisan, baru lepaskan masuk… bila dah masuk dewan, kaunter untuk ambil kupon BR1m tu banyak… ada tak kurang dari 3 yang aku nampak. benda nak ambil duit tu bukanlah banyak pon… kejap je habis, tapi punya seksa.. siap ada yang bergaduh lagi(mulut semata-mata ke siap bertumbuk tak tahulah… cuma dengar bunyi org marah-marah).

Tertanya jugak… kenapa diorang ni tak buat supaya duit BR1M masuk akaun bank je terus kan senang. Ni dah macam zaman bapak aku memula kerja askar dulu pulak… nak kena pergi ambil manual, zaman bapak aku mula kerja askar tu 30 tahun yang lepas… awal 80an dulu woi… ni dah zaman milenium… zaman orang bayar pon dah tak pakai cash dah… kate negara maju,tapi pakai cara lama lagi

tapi baru kejap ni, aku dengar berita, duit BR1M masuk akaun bank kalau ada akaun bank… hahahaha… baru la aku agak gembira sikit, ape lagi, dengan segeranya aku terus buat…

ok… untuk buat duit BR1m masuk akaun bank ni kite kena kemaskini data BR1M kita… pergi ke laman web lembaga hasil dalam negeri malaysia di www.hasil.gov.my lepastu klik pada yang tulis BR1M 2014 tu

kemaskini BR1M 2014

dia akan keluar paparan camni, masukkan nombor ic tanpa tanda – contoh 780418015003 pastu masukkan tarikh lahir. untuk yang baru nak mohon Br1M ni boleh klik kat permohonan baru (kotak kiri), mana yang nak kemaskini permohonan BR1M 2.0 ni boleh klik kat kemaskini permohonan BR1M 2.0 ni (kotak kanan)

semak BR1M masuk akaun bank

paparan seterusnya bahagian yang korang boleh kemaskini maklumat permohonan BR1M,

borang BR1M

kat situ korang boleh kemaskini nombor telefon, alamat e-mel, dengan alamat surat menyurat dan maklumat bank untuk duit BR1M tu nak dimasukkan, kemaskini bebetul… sebab lepas korang dah save tu, kalau nak kemaskini data BR1M tu kena pergi ofis die dah… die boleh buat sekali je

lepas dah masukkan maklumat bank BR1M korang tu, jangan lupe pulak nak masukkan kod pengesahan tu

pengesahan duit BR1Mlepas tu klik butang kemas kini, paparan macam ni pulak yang akan keluar

akuan pengesahan BR1Mklik pada kotak Saya bersetuju dengan terma dan syarat di atas lepas tu klik pada setuju & hantar. dah siap dah… anda akan dibawa ke satu paparan yang membolehkan korang cetak kemaskini maklumat tadi

 

masukkan e-mail address anda disini (REGISTER), dan pelbagai cerita baru yang menarik dan tips2 akan dihantar kepada anda

Hasil carian :

3 thoughts on “Duit BR1M masuk akaun bank

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge