Doodle Mokhtar Dahari di google

Bila buka tab baru di google chrome, keluar paparan kat bawah ni, persepsi pertama saya bila tengok doodle ni, adalah “macam arwah Mokhtar Dahari je”, tambah tengok baju warna hitam kuning, nombor sepuluh, ada misai. Macam dia. Jadi saya klik pada gambar tu.

Doodle Mokhtar Dahari

 

Masa hover mouse kat gambar tu, dia ada keluar title “Mokhtar Dahari’s 61st birthday” bila klik tu, ni lah hasilnya.

google doodle result

domain murah

(Visited 140,841 times, 4,591,166)

Jadi saya klik kat artikel wikipedia tu. Walaupun saya ni kaki bangku, tak pandai main bola. Menonton perlawanan bola sepak pon tak minat, tapi disebabkan kehebatan arwah mokhtar dahari ni, yang juga digelar supermokh ni lagenda bola sepak malaysia, saya layankan juga baca info pasal beliau.

Dato’ Mokhtar Dahari (13/11/1953 – 11/7/1991) pemain kebangsaan Malaysia dari setapak, selangor. Beliau adalah salah seorang pemain bola terhebat di asia pada tahun 1970an dan dikenali sebagai pemain bola sepak terbaik Malaysia pada waktu itu dan lagenda bola sepak Malaysia. Pada tahun 1970 an tu, Mokhtar bermain untuk Malaysia dan Malaysia menjadi sebuah pasukan yang kuat yang mengalahkan pasukan gergasi asia yang lain seperti Korea Selatan dan Jepun.

Jolokan SuperMokh diberi kerana skil permainannya, kekuatannya dan kebolehannya untuk menjaringkan gol yang menakjubkan sepanjang kariernya. Salah satu saat yang paling diingati ramai adalah apabila beliau bersalam dengan Diego Maradona sebelum perlawan persahabatan dengan Boca Juniors.

Walaupun Tidak dikenali diperingkat dunia, Arwah Mokhtar telah menjaringkan 175 gol untuk selangor, 20 gol dalam 13 kali ketika bermain untuk Kwok Yik Bank dan 125 gol untuk Malaysia menjadikan jumlah 320 gol dalam kariernya. Sehingga kini, beliau masih menjadi lagenda bola sepak malaysia sehingga ada teater muzikal menceritakan tentang beliau.

Wajib tengok yang ni:

Banyakkan blue dalam hidup anda

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

Bukti rakyat Malaysia suka blue

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,533 times, 4,591,166)

Kematian

Cerita kegemilangan semasa dia hidup, ramai dah tahu dah kot. Jadi saya nak tulis pasal kematian lagenda bola sepak Malaysia ni pulak. Menurut apa yang ditulis kat wikipedia, Arwah Moktar Dahari mula mempunyai masalah tekak dan pergi ke hospital untuk mengetahui apakah masalahnya. Hasil pemeriksaan doktor mendapati beliau mempunyai motor neurone disease (MND). apa benda penyakit tu, korang kenalah google ye. Hal ini cuma diberitahu kepada beliau dan isteri, beliau pergi ke Lonon bersama isterinya untuk mencuba mengubati masalah tersebut.

Selepas 3 tahun melawan penyakit tu, arwah kembali ke rahmatullah pada 11 julai 1991 di Subang Jaya Medical Centre(SJMC). Pihak akhbar melaporkan beliau mempunyai penyakit otot.

Cerita beliau dan punca kematian beliau kemudiannya didedahkan buat pertama kalinya dalam sebuah dokumentari The Untold Truth About Supermokh, di The National Geographic Channel pada 30 Ogos 2010 yang menampilkan ahli keluarga beliau dan rakan-rakan. Jenazahnya disemadikan di Tanah perkuburan Taman Keramat, Bukit Permai, Selangor.

Hasil carian :

(Visited 184 times, 4,591,166)

13 thoughts on “Doodle Mokhtar Dahari di google

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge