Cara cari handphone yang hilang

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com, apa khabar? Kali ni saya nak kongsikan cara nak cari handphone yang hilang.
Tak payah fikir negatif sangat kata handphone kena curi ke kena ragut ke, walaupun kebanyakkan handphone hari ni dah besar buku teks sekolah, masih lagi kita boleh tercicir.

Kalau masa handphone kecil dulu kata “tak perasan bila masa dia jatuh”, ni dah besar pun boleh tak perasan letak kat mana.

Sebenarnya saya cakap pasal diri saya sendiri hehehehe…

Cara cari handphone yang hilang

gambar sekadar hiasan

gambar sekadar hiasan

Artikel cara cari handphone yang hilang ni sesuai sangat untuk rakan-rakan yang menjadikan semut sebagai jajan mereka. Sambil tengok movie, sambil makan semut. Maksudnya pelupa la.

Mengesan handphone tanpa menggunakan apa-apa app atau software tambahan. dan hanya menggunakan akaun gmail anda.

Itu dia satu lagi fungsi email gmail anda.

kelebihan

  • mengesan kat mana handphone tercicir
  • boleh memadamkan semua data dalam handphone anda dari mana sahaja
  • menjejaki handphone anda
  • mengunci handphone anda dari mana sahaja

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 511 times, 4,591,166)

Tutorial cara guna google drive

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com, kali ni saya nak kongsi tutorial cara guna google drive. Tutorial ni saya cipta lepas saya diupah oleh seorang client saya yang mintak saya ajar dia cara guna google drive.

Asalnya dia mintak ajar cara nak buat google drive, tapi saya kata google drive tak payah nak buat, setiap akaun gmail dah memang dapat google drive dah.

Mesti ramai yang tak tahu, terutama para pengguna android yang mereka ada 15GB ruang storan percuma di internet yang disediakan oleh google melalui akaun gmail mereka yang dipanggil google drive.

tutorial cara guna google drive

Ade ke?” ye, ada… anda semua guna telefon yang menggunakan anda kan? tak kisah lah brand apa sekali pun (kecuali apple/iPhone), samsung ke htc ke asus ke huawei ke lenove ke xiomi ke redmi ke cap ayam ke cap itik ke cap angsa ke, asalkan android, pastinya anda ada gmail.

“mana awak tau saya ada gmail?” Continue reading

Hasil carian :

(Visited 438 times, 4,591,166)

Apa lagi kelebihan telegram ni?

Sebelum ni saya pernah tulis pasal kelebihan telegram dalam entri apakah kelebihan telegram dan dalam entri Kelebihan telegram berbanding whatsapp

Tapi dek kerana kedua-dua entri tu dah mencapai jumlah bilangan perkataan minimum yang diperlukan seperti yang saya cerita dalam tips seo yang saya amalkan, tapi banyak lagi kelebihan telegram yang belum saya senaraikan, maka saya ambil keputusan untuk pecahkan entri tentang kelebihan telegram ni kepada beberapa entri.

Dan ini sambungan kepada entri Apakah kelebihan telegram tu.

Apa lagi kelebihan telegram ni?

Pelbagai platform.

Benda ni saya ada cerita dalam entri kelebihan telegram yang sebelum ni, tapi mungkin tak mendalam sangat kot.

Kali ni saya nak terangkan maksud pelbagai platform ni.

Maksud pelbagai platform ni bagi telegram adalah, telegram ni boleh digunakan di telefon android, telefon windows, telefon iphone, ubuntu touch, komputer yang menggunakan sistem operasi windows, komputer apple yang menggunakan sistem operasi osx, dan komputer yang menggunakan sistem operasi linux.

kelebihan telegram pelbagai platform

Dan apa yang membuatkan ada perbezaan Telegram dengan whatsapp, kalau telefon korang tak bersambung dengan internet, atau telefon korang mati sekalipun, korang masih boleh menggunakan telegram di peranti lain.

Whatsapp pula, hanya boleh digunakan di web(selain guna di telefon), dan kalau telefon korang tak bersambung dengan internet, korang tak boleh terima dan menghantar mesej menggunakan whatsapp web

Secret chat.

Haaa… ni sesuai la untuk mereka yang nak sembunyikan sesuatu dari seseorang. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 14,286 times, 4,591,166)

Apakah kelebihan Telegram

Sebelum saya menceritakan pasal kelebihan telegram,  saya nak tanya para pembaca, apa itu telegram?

Kalau orang tua old school, bila kata Telegram, apa yang dibayangkan adalah ini

old school telegram

atau ini.

telegram lama telekom malaysia

Yang mana servis telegram jenis ni telah ditamatkan perkhidmatannya di malaysia pada 2012(kalau tak salah) Continue reading

Hasil carian :

(Visited 3,405 times, 4,591,166)