Apa khabar mr.diy? [Kongsikan]

Assalamualaikum dan apa khabar para pembaca alongxp.com? Kenapa tajuk hari ni apa khabar mr.diy? Sebenarnya topik utama adalah pasal ketidak puasan hati saya terhadap… mungkin sikap staf mr.diy giant banting.
Saya ambil masa beberapa hari juga nak fikir tajuk yang tak biadap untuk perkara yang saya anggap biadap. Pada saya, menghalau pelanggan tu biadap. Makin panas?
Dan masa perkara yang terjadi di mr.diy giant banting tu bermain dalam kepala saya, saya tengok iklan celcom di tv, dengan muzik latarnya adalah lagu apa khabar-joe flizzow ft sonaOne, kelihatan staff celcom dah tutup lampu, tiba-tiba ada pelanggan masuk, staff celcom buka balik lampu kedai celcom tu.

apa khabar celcom
“Wah…. baiknya staf celcom tu…”kata penonton yang menonton iklan tu.. mungkin itulah yang pembuat iklan celcom tu harapkan dari penonton, hakikatnya? “Eleh… Jangan harap… Customer ada lagi dalam tu pun diorang dah tutup lampu” mungkin itulah yang ORANG KATA.

mr diy tutup lampu
Well… saya tak tahulah kalau celcom, tapi kalau kat mr.diy giant banting, memang itulah yang terjadi.
Papan tanda menunjukkan waktu perniagaan tak ada(saya dah pastikan masa beratur nak bayar, masa bayar, masa nak keluar dan masa di luar), tak tahu waktu sebenar mr.diy giant banting tutup pukul berapa, saya masuk lebih kurang pukul 9.30-9.35 malam. Objektif saya masa tu nak cari beberapa spanar dan set allen key.

Apa khabar mr.diy?

apa khabar

Ok, so apa kaitan lagu apa khabar yang menjadi lagu latar video celcom dengan mr.diy yang membuatkan saya tulis entri bertajuk apa khabar mr.diy? Continue reading

Hasil carian :

(Visited 611 times, 4,598,614)

Kedai buku bergerak memang wujud

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com, apa khabar? Korang pernah jumpa kedai buku bergerak? Saya pernah, minggu lepas… buat pertama kali dalam hidup. Kalau perpustakaan bergerak, balai polis bergerak, kedai runcit bergerak tu biasa lah jumpa.
Tapi kalau kedai buku bergerak, ini pertama kali saya jumpa dan yang menariknya, mobile book cafe ni lah peneraju kedai buku bergerak di Malaysia.

mobile book cafe
Masa mula-mula saya tengok lori mobile book cafe ni, saya tak rasa macam jatuh cinta pun, tapi bila saya bercerita dengan isteri saya pasal kedai buku dalam lori, saya rasa ianya unik.
Bila wife saya tanya macam mana rupa kedai buku dalam lori tu, saya terangkan “macam orang jual burger kat lori, macam orang jual sayur, jual ikan kat dalam lori, cuma yang ni jual buku, macam kedai buku tu, tapi dalam lori”. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 226 times, 4,598,614)

Cara cari handphone yang hilang

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com, apa khabar? Kali ni saya nak kongsikan cara nak cari handphone yang hilang.
Tak payah fikir negatif sangat kata handphone kena curi ke kena ragut ke, walaupun kebanyakkan handphone hari ni dah besar buku teks sekolah, masih lagi kita boleh tercicir.

Kalau masa handphone kecil dulu kata “tak perasan bila masa dia jatuh”, ni dah besar pun boleh tak perasan letak kat mana.

Sebenarnya saya cakap pasal diri saya sendiri hehehehe…

Cara cari handphone yang hilang

gambar sekadar hiasan

gambar sekadar hiasan

Artikel cara cari handphone yang hilang ni sesuai sangat untuk rakan-rakan yang menjadikan semut sebagai jajan mereka. Sambil tengok movie, sambil makan semut. Maksudnya pelupa la.

Mengesan handphone tanpa menggunakan apa-apa app atau software tambahan. dan hanya menggunakan akaun gmail anda.

Itu dia satu lagi fungsi email gmail anda.

kelebihan

  • mengesan kat mana handphone tercicir
  • boleh memadamkan semua data dalam handphone anda dari mana sahaja
  • menjejaki handphone anda
  • mengunci handphone anda dari mana sahaja

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 519 times, 4,598,614)

Persediaan menyambut hari raya aidilfitri

Persediaan menyambut hari raya aidilfitri

Kali ni saya nak share persediaan menyambut hari raya aidilfitri yang saya buat untuk tahun ini. Tahun ni macam beberapa tahun yang sebelum ni, saya balik ke negeri johor, tak kiralah giliran belah saya atau belah isteri saya, kami tetap akan balik ke johor.

Persediaan menyambut hari raya aidilfitri

Kami balik ke johor sebab isteri saya memang anak jati johor, dari lahir, sekolah rendah, sekolah menengah semua kat johor, dah habis sekolah baru dia keluar merantau ke kuala lumpur dan selangor.

Macam saya pula, ibu bapa saya memang anak jati johor, walaupun saya ni merantau dari dalam perut lagi, lahir di sarawak, banyak membesar di selangor dan kuala lumpur, tapi lepas bapa saya bersara tentera, mereka kekal menetap di johor manakala saya tetap terus merantau di selangor.

Merantau jauh-jauh, akhirnya dapat jodoh orang senegeri walaupun berkenalan di selangor. sweet tak kisah percintaan saya dan isteri saya? ngahahaha. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 200 times, 4,598,614)