RF3 World Firmax3 Malaysia bukan produk automotif

Assalamualaikum dan hai pembaca alongxp.com. Anda terpinga-pinga dengan tajuk entri kali ini “RF3 World Firmax3 Malaysia bukan produk automotif”?. Jangan bimbang, bukan anda sorang yang terpinga-pinga.

Sebenarnya, masa tengok geng best blogger network kongsi gambar pasal ranking seo untuk keyword RF3 World Firmax3 Malaysia ni saya tak faham juga. Bila baca barulah faham yang benda ni pasal contest cari duit raya anjuran blogger akma omar.

contest seo cari duit raya

Mula-mula saya ingatkan RF3 World Firmax3 Malaysia ni pasal produk automotif atau lebih spesifik lagi, minyak petrol atau minyak enjin, sebab terpandang F3 pada perkataan RF3 dan perkataan Firmax3 yang saya terbayang primax.

RF3 World Firmax3 Malaysia bukan produk automotif

Rupanya RF3 World Firmax3 Malaysia adalah mengenai syarikat RF3 World yang mengeluarkan produk Firmax3 yang tengah mencanak kat Malaysia. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 164 times, 4,600,383)

Contest Review Lynk.my 2015

Contest Review Lynk.my 2015

Macam dah lama giler tak join contest kat blog ni…. Tetiba rasa nak join Contest Review Lynk.my 2015 ni pulak.

Kenapa saya tiba-tiba nak join Contest Review Lynk.my 2015 ni pulak? Pastinya disebabkan hadiah yang ditawarkan.

TOP lynkUNDI

Tempat Pertama – RM500
Tempat Kedua – RM300
Tempat Ketiga – RM100

 

 ·        TOP SEO
Tempat Pertama – RM500
Tempat Kedua – RM300
Tempat Ketiga – RM100

 

 ·        TOP CREATIVE
Tempat Pertama – RM1000
Tempat Kedua – RM500
Tempat Ketiga – RM200
 

 

·        Giveaway penyertaan ( sponsored by ikedaikami )

yang hadiah giveaway pernyertaan ni memang confirm la saya tak dapat, sebab terhad untuk 50 peserta awal je.

Untuk Top lynkUNDI pun confirm la tak ada orang nak undi blogger yang tak terkenal ni.

Untuk TOP SEO lagi la confirm tak merasa hadiah tempat pertama hingga ke 3 tu, nak masuk top 10 pon belum tentu, ramai sangat blogger-blogger hebat join Contest Review Lynk.my 2015 ni.

Kita boleh tengok senarai peserta Contest Review Lynk.my 2015 ni di sini. Continue reading

(Visited 90 times, 4,600,383)

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Pelik tak baca tajuk Ilmu Blogspot Blogger Malaysia tu kat blog saya ni? saya pakai blogspot ke nak share ilmu blogspot ni? baca bebetul tajuk tu… Ilmu Blogspot Blogger Malaysia maknanya blogspot, blogger… cam saya ni, kire blogger ar.. so saya nk share la Ilmu Blogspot Blogger Malaysia yang saya ada ni, walaupun seciput.ilmu blogspot

Saya ni bukanlah blogger yang tegar sangat, tapi nak kata tak tegar pon tak jugak. depends lah kot. Ok, kat sini saya nak share Ilmu Blogspot Blogger Malaysia atau mungkin pengalaman yang saya dapat sepanjang saya berblogging. Sebenarnya saya mula menjejakkan kaki ke dunia blogging ni pada 2006, bermula dengan alongxp.blogspot.com lepastu merasakan cam wordpress sangat menarik, saya guna wordpress kat domain kakicandid.com/blog pada tahun 2010(kalau tak salah) barulah saya tukar ke alongxp.com. So sejak saya guna domain atau subdomain kakicandid.com/blog sampai lah ke alongxp.com sampailah sekarang, beberapa benda telah saya belajar, saya faham dan saya perbaiki. Alhamdulillah, daripada trafik datang dari chatbox semata2, tambah dari fb dan sekarang dah mula ada trafik yang… bolehlaaa daripada search engin.

Baiklah… 3 tajuk utama untuk Ilmu Blogspot Blogger Malaysia yang saya nak kongsikan kat sini adalah Tips umum blogging atau berblog, Tips teknikal dan SEO

Tips blogging

Antara benda yang boleh saya share kat sini anataranya macam mana nak mendapatkan idea. Jujur cakap la e.. saya ni bukanlah orang yang suka sangat travel… atas beberapa sebab. Sebab utama sebab budget.. hehe antara lain sebab badan dah tua… banyak sangat duduk ngadap pc/laptop, so badan tu cam kereta tersadai, sesekali bergerak,macam-macam bunyi keluar. So bila kurang travel, kurangla la benda saya jumpa. Tapi… bagaimanapun, saya ni orang yang banyak berfikir, berfantasi dan merancang. Kadang-kadang bila saya tengah termenung kat jamban(harap fahamlah maksudnya) idea tu datang, tapi bila dah selesai temenung, keluar je dari jamban, idea pon hilang. Kadang tengah mandi, tengah baik punya shampu kepala, atau tengah air mencurah-curah kat kepala, tiba-tiba idea datang, tapi bila dah lap badan, keluar dari bilik air, idea pun tertinggal. Idea saya datang tak kira masa, kadang time nak terlelap la dia datang, tu yang buatkan saya jadi insomnia tu. Jadi macam mana saya hadapi masalah idea tertinggal tu? Beberapa perkara yang saya buat, adalah dengan bantuan smartphone saya. Dengan bantuan app wordpress kat handphone smartphone saya, saya draft entri, letak tajuk masukkan point-point penting dalam entri yang saya nak buat tu, upload draft tu. Mungkin pada orang lain nampak pelik atau mungkin cam tak beradab bila masuk jamban dengan handphone, tapi pada saya, saya takkan biarkan pandangan orang menghadkan kemampuan saya. Bapak saya bagi saya dengar satu klip video yang disampaikan oleh seorang orang kuat politik, dalam tu orang tu ada kata die pernah dihantar belajar ngan bangsa yahudi macam mana teknik menyelesaikan masalah, salah satu cara yang dinyatakan dalam tu “tidur sambil fikir masalah tu, bawa pen dan kertas, kita akan tersedar tetengah malam dengan terfikir jalan penyelesaian. tulis kat kertas yang kita bawak tadi” then saya cakap kat bapak saya, saya dh lama guna cara tu, sebab tu smartphone sentiasa ada sebelah saya sebelum tdo, ke jamban dan dalam bilik air saya ada buku nota.

domain murah

(Visited 140,884 times, 4,600,383)

Then macam mana nak membanyakkan entri,lepas dah draft tadi, bila ngadap pc atau laptop tu, sambung la membebel kat blog, kadang-kadang, bila saya tengah baik punya berkungfu kat keyboard, idea lain pulak sampai. so saya bukak tab baru, buat macam perkara yang saya nyatakan kat atas, buat new post, masukkan tajuk dan point-point penting, save draft dan sambung balik entri yang saya tengah buat mula-mula tadi.

Last but not least untuk bahagian tips umum blogging, tips rajin update untuk yang malas macam saya ni. Tips ni gabungan dua benda kat atas tu, bila ada idea, masukkan tajuk dan point, bila dah ngadap pc atau laptop, bersilatlah kat keyboard tu, keluarkan jurus-jurus yang kita pendam tadi, DAN (yang ni lah rahsia saya selama ni), Schedule post… kadang dalam masa sehari saya boleh buat 10 entri(datang jin blogging), so takkan nak publish semua sekali dalam masa sehari tu kan? buatnya esok,lusa, tulat, minggu depan, bulan depan tak ada idea, macam mana kan? so bila saya dah terlanjur buat banyak entri tu, saya jadualkan (schedule post) supaya dia publish selang sehari atau selang beberapa hari. Tapi saya tak pasti kalau platform blogspot boleh buat ni, sebab sekarang ni saya pakai platform wordpress. Lagi 1 benda yang saya buat bila saya sangat malas nak update blog walaupun ada idea adalah.. saya tengok cerita “The Social Network” walaupun secara kasarnya macam tak ada kena mengena, tapi cerita tu motivate saya untuk update blog ataupun mengoding. Walaupun orang kata tu cerita Yahudi lah hapelah… so what? Ape yang baik, saya guna, ape yang tak baik saya abaikan je. Bila tengok dia menaip, tengok dia bercakap, adrenaline saya mencanak, terus semangat nak menaip.

Tips teknikal

Habis bahagian Tips umum blogging, masuk pulak bab teknikal,antara yang saya nak terangkan adalah pasal platform berblogging, webhosting dan domain

Bab platform berblogging ni, pada saya benda ni subjektif, kadang-kadang orang yang dah pakar pon nak pakai platform yang hampir keseluruhannya percuma macam blogger atau (blogspot) atau mungkin tumblr. Tapi saya pilih untuk pakai wordpress atas beberapa sebab peribadi, antara sebab memula saya pindah ke wordpress sebab sorang membe saya buat photoblog(sekarang dah tak wujud kot blog tu) guna wordpress, saya tengok cantik sangat. so saya nekad pakai wordpress, lagipun saya suka kelainan. Pakai blogspot mungkin dah terlalu mainstream, so saya pilih platform yang orang lain tak pakai. Plus, self hosted wordpress (wordpress yang diinstall pada webhosting sendiri) bermakna hak kita, bergantung pada kita. nak naik, nak melingkup, semua atas kita.

Sekarang bab Webhosting pulak, antara benda yang kite kena pertimbangkan adalah bandwith, kadang orang tak pandang benda ni masa beli webhosting, orang semua tengok kapasiti storan yang diberi, padahal, mengikut pengalaman saya, saiz atau kapasiti storan bukanlah benda utama, sebab post kita adalah text, teks berapa sangat lah saiznya.. kalau plugin pon tak besar mana, lagipun plugin tak digalakkan install bebanyak, silap-silap buat lambat loading je. Image pulak, seelok-eloknya kecikkan saiz gambar tu. kecikkan resolusinya ke… ataupun buat printscreen gambar tu(tips yang tu nanti saya akan publish) sebab gambar yang bersaiz besar bukan sahaja memakan ruang storan, malah melambatkan loading post tu dibuka sepenuhnya. Sebenarnya saya pon ada menjual webhosting,tapi baru lagi… pakej2 yang saya sediakan mempunyai jumlah bandwith yang banyak, sebabnya dulu saya pernah terkena bandwith habis(banyak kali kena), jadi saya decide saya nak jadi reseller webhosting, dan saya sediakan pakej yang bagi bandwith yang banyak. kalau nak tengok pakejnya boleh jengah kat pakej hosting.

Ok, last sekali bab domain ni kan… 1 nasihat utama saya la… jangan la pakai domain yang panjang berjela dan susah dieja… contohnya “namakuismaellabintizakaria.com”,”keretamazdarx7hijauku.com” <–(contoh tau) atau sebagainya… nak sebut pun susah, nak menaip pun sampai asyik kena tekan backspace, inikan pula nak mengingat. pilih yang simple-simple je. janji senang orang naik taip.saya pernah buat entri pasal domain ni kat domain panjang dan parked domain, subdomain dan addon domain. Bolehlah jengah ye.

SEO

Ok, part ni saya bukanlah pakar, even tak faham sangat pon tapi kalau tanya google translate maksud Search Engine Optimization (SEO) dia bagi jawapan macam ni.makna seo

sampai sekarang saya masih lagi gagal nak jelaskan dengan jelas makna sebenar SEO tu, tapi kalau berdasarkan kenyataan maksudnya lebih kurang macam baik dengan enjin carian. maksudnya enjin carian kenal la dengan kita. Maksud lebih mendalam lagi, bila orang search kat enjin carian, blog kita ada dalam senarai kat enjin carian macam google ke yahoo dan sebagainya. Tapi macam saya cakap tadila… saya ni bukan pakar, malah tak berapa faham pun. Tapi saya kongsikan sikit berdasarkan pengalaman saya berblogging selama beberapa tahun ni. Dulu saya tak pernah pon ambil tahu pasal SEO ni, apatah lagi nak bermain dengan SEO ni, tapi dalam 2 ke 3 tahun ni la… masa saya dok gatal-gatal nak install plugin kat wordpress ni, saya terpandang plugin SEO, so saya install… saya tak pasti sama ada plugin ni yang menyebabkan search engine mula kenal blog ni, tapi yang pastinya plugin ni membimbing untuk kita buat entri yang mesra enjin carian. bila saya save sesebuah post atau entri, penunjuk aras atau indicator SEO plugin ni akan menunjukkan level SEO enti saya tu, contohnya kalau dia tunjuk hijau macam ni.belajar SEOmaknanya ok lah tu, berdasarkan panduan-panduan yang macam ni

Ilmu Blogspot blogger malaysiaTapi… sebenarnya… saya tak faham pon semua tu, cuma apa yang saya tahu, antara benda yang biasanya menjadikan entri tu mesra SEO adalah, keywordnya ada dalam tajuk, lepastu keyword tu ada dalam perenggan pertama atau keyword tu boleh dijumpai di awal entri kita tu, keyword tu berulang beberapa kali, tapi… saya pernah dapat penunjuk merah sebab keyword tu berulang terlampau banyak.

Bersdasarkan pengalaman saya, selain benda yang terperinci macam kat atas tu, ejaan yang betul sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat membantu dalam SEO, ejalah dengan betul. elakkan guna singkatan contohnya macam yang jadi “yg” ,macam jadi “mcm” kenapa jadi “knp”, tak jadi “x” sangat-sangat jadi “sangat2” macam-macam jadi “macam2”, lepastu ubah ejaan ikut suka, contohnya macam suka jadi “suke”, pun jadi “pon”,apatah lagi ejaan gaya budak sekarang, kita jadi “itew”, suka jadi “sukew” itu jadi “itou” elakkan guna.. tapi kadang-kadang saya pun terguna jugak,takpelah… pelan-pelan la kan?.

Lagi satu benda yang membantu SEO adalah image atau imej atau senang cakap gambar, letak tag yang berkaitan dengan keyword yang kita nak guna tu. Itu sedikit sebanyak membantu.

Ok, saya rasa itujelah ilmu yang saya boleh kongsikan untuk Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia ni. Walaupun saya dah agak lama dalam dunia blogging ni, tapi banyak lagi yang saya perlu belajar.

Buah Cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan,

Saya bapak budak pon masih belajar, kalau salah tolong tunjukkan

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan
ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my
serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com,
DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net,
DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong Komisen Jobdirumah serta iBiasiswa.my.

(Visited 6,998 times, 4,600,383)

Hasil carian :

(Visited 90 times, 4,600,383)

Nuffnang Blog Awards, Here I Come

 

Haha… lepas beberapa minit aku publish entri pasal Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards , nuffnang anta emel, aku baca tajuk emel tu, ingat nak abaikan je, sebab aku dah tau kan? skali bila aku scroll lagi sikit, aku nampak lak benda ni…

ape lagi, terus bukak web mail untuk tengok benda ni…

Akan datang 16 Disember 2011, 500 penulis blog dari sekitar rantau Asia Pasifik akan berkerumun di Kuala Lumpur, Malaysia untuk Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 di Putrajaya Marriott. Awards ini tidak hanya menyasarkan untuk memberi penghormatan kepada penulis-penulis blog terbaik rantau,tetapi juga untuk menemukan komuniti penulis blog serata Asia Pasifik. Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards dibawakan untuk anda oleh Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott.

camne nak dapat invitation nih, sekali kena wat entri la… aisemen, entri yang baru kejap tadi pon orang belum sempat baca lagi. tapi aku dah ping kat innit, apesal.com, guablog, ohbelog.com,kat busuk.org dah… tapi xpela… nak buat camne kan?tapi ape pon, aku tetap nak dapatkan jugak jemputan tu. 3 sebab kenapa aku nak pegi. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 13 times, 4,600,383)