Menulis hal berkaitan agama

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com, kali ni saya nak kongsikan pasal menulis hal berkaitan agama.

Masa saya buat entri, dalam pada masa yang sama saya tengah siapkan page servis menulis artikel yang saya tawarkan.

Dan salah satu syarat yang saya letakkan dalam tu adalah saya tak akan menulis hal berkaitan agama.

Kenapa?

Menulis hal berkaitan agama

Sebab pada saya, ia sesuatu yang besar dan sensitif. Malah, walaupun berkaitan agama islam sekalipun.

Walaupun saya islam, ilmu yang saya ada adalah cetek. Dosa saya dah cukup banyak, nisbah dosa saya pasti lebih banyak berbanding pahala saya.

Prinsip saya, lebih baik saya tak tambah pahala daripada saya menambah dosa.

“Sampaikanlah walau sepotong ayat”

yup… itulah yang sering di seru oleh ramai orang, tapi ramai juga mereka yang menyebarkan ayat-ayat palsu dan hadis palsu.

Selama ini, kita banyak di serap dengan hadis-hadis palsu.

Sebab itu saya kerap nasihatkan keluarga saya, kalau malas nak jadi akan kebenaran sesuatu perkara tu, jangan share, terutama benda yang melibatkan agama.

Biasanya bila orang share bab agama, terutama hadis, saya akan tanya ‘riwayat siapa?’ Jawapan mereka, ‘mana aku tau, aku share je’, ‘copy & paste, faham tak?’

Meletakkan ayat ‘copy & paste dari group sebelah’ tak akan melepaskan diri anda dari dihukum sama ada di dunia atau di akhirat.

Bab agama, kita serahkan kepada mereka yang lebih arif dan bertauliah untuk sebarkan sebab mereka lebih tahu.

Sekali lagi saya katakan, bab agama adalah perkara yang sensitif, jadi untuk mengelakkan fitnah, dan mengelakkan akidah saya terpesong, saya fikir lebih baik saya menolak untuk menulis hal berkaitan agama.

Dan saya takut, dengan kepakaran saya mengarang ayat, secara tak sengaja, saya telah membawa banyak pihak ke arah yang salah terutama sekali hal agama islam.

Kalau nak ikutkan, banyak perkara berkaitan dengan agama islam saya nak kongsikan, walaupun benda tu bagus, tapi saya takut ianya sesuatu yang tidak sahih dan saya risau ayat saya membawa kepada pengertian yang salah.

Jadi itulah antara sebab kenapa saya tidak menulis hal berkaitan agama.

Harap faham

Hasil carian :

(Visited 42 times, 4,599,139)

Poligami? susah? mustahil? tak mungkin..

Poligami? susah? mustahil? tak mungkin..

Poligami? susah? mustahil? tak mungkin.. tak mungkin tak boleh nak berpoligami hehehe.

Hampir semua lelaki mesti nak kahwin lebih dari satu, walaupun cuma sekali je terdetik dalam hati, walaupun tahu memang tak mampu zahir dan batin, walaupun tahu tak akan mampu berlaku adil.

rahsia poligami

Saya ingat lagi, masa saya kursus kahwin dulu, penceramah tu siap suruh semua peserta kursus kahwin (yang lelaki) untuk berkahwin lebih dari satu, maka muka lelaki penuh dengan keceriaan dan muka peserta perempuan penuh dengan kecukaan.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,576 times, 4,599,139)

Masa saya belajar dulu pun, saya dan kawan-kawan lelaki suka pilih tajuk poligami ni sebagai tajuk untuk dibentangkan sebab nak penontonton bagi respon, ada markah disitu.

Penonton yang respon bukan setakat kawan-kawan kelas je, pensyarah pon suka tajuk ni. hehehe.

Kenapa orang lelaki nak berpoligami? kenapa Allah bagi keizinan untuk kahwin lebih dari satu hanya kepada lelaki sahaja? kenapa perempuan tak boleh ada lebih dari satu suami?

Ini kalau nak cerita, bukan 300 patah perkataan, 300 ribu patah perkataan pon boleh. Tapi yelah, saya lelaki, kalau saya huraikan panjang macam mana sekali pon, perempuan mesti tak puas hati punya, saya pernah saje gurau-gurau menyatakat sorang ustazah ni, saya kata suami dia nak kawin lain,terus membebel panjang dia, ustazah pun boleh marah bila dikata suami dia nak kahwin dari 1.

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,599,139)

Ramai lelaki kat luar sana tu yang nak beristeri lebih dari 1, tapi ada je halangan yang tak membenarkan suami untuk menjayakan pelan poligami yang dah lama terpendam.

Nak luahkan, asyiklah tak kena masa, isteri tengah masak di dapur, si suami datang konon-konon nak tolong, sebenarnya nak cuba berbincang kalau-kalau isteri boleh bagi kelulusan untuk projek poligami dia tu, baru dekat, terus tak jadi niat nak luahkan niat nak tambah isteri tadi bila tengok isteri tengok potong ayam.

Si suami terus terbayang si isteri tetak kemaluan suami macam yang masuk dalam berita. Kecut terus bahagian sulit tersebut.

Jadi macam mana agaknya ya? Kita rujuk pada yang pakar.

Ebook-Panduan-Lengkap-Mudahnya-Poligami1

Dapatkan sekarang

 Panduan ni sangat sesuai untuk yang merancang nak berpoligami atau yang dah pun berpoligami. Atau mungkin ada isteri yang rasa nak hadiahkan buku ni kepada suami dia sebab takut suami dia buat maksiat dengan berzina sebab tak berani nak mintak izin dari isteri. Renung-renungkan dan dapatkan panduan poligami ni.

Hasil carian :

(Visited 316 times, 4,599,139)

Pusat rawatan islam Al-Qayyum

Entri hari ni lain sikit dari biasa, sesungguhnya hati korang takkan tenteram kalau baca entri ni separuh jalan. Jadi pastikan BACA SAMPAI HABIS. korang pernah dengar pasal pusat rawatan islam al-qayyyum? Pusat rawatan Alqayyum yang semakin popular ini telah beroperasi sejak 1 febuari 2011 lagi. Pusat rawatan islam Al-Qayyum ni adalah ‘Pusat Kesejahteraan Mesra-Pesakit Islamiah’ (Islamic Patient-Friendly Wellness Centre), amende tu? panjang ceritanya… kalau nak faham dengan lebih jelas, boleh lawati pusat rawatan Al-Qayyum ni yang di Bandar sri damansara.

pusat rawatan islam

Alamat penuh Pusat Rawatan Al-Qayyum:

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM
B3-1-K10 Ground Floor
Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara
52200 KUALA LUMPUR

Tapi kalau korang jauh, tak jadi masalh pon sebenarnya, Pusat rawatan islam Al-Qayyum ni ada buat program perubatan islam bergerak. Tapi kena booking lah, boleh hubungi diorang melalui telefon, sms, whatsapp, email dan facebook, cara-caranya boleh tengok kat page hubungi pusat rawatan ni.

Selain dari program rawatan bergerak, diorang pun ada buat rawatan jarak jauh. Jangan ingat pc, laptop, server je boleh remote, penyakit pon boleh diubat secara remote, kalau cara nak remote pc aku boleh terangkang dengan agak detail. Kalau rawat secara remote ni kena rujuk pada cikgu-cikgu, ustaz-ustaz dan  Mu’alij- mu’alij dari pusat rawatan Al-Qayyum ni. Lagipun pakej rawatan jarak jauh dia ada banyak. Boleh rujuk kat laman web utama pusat rawatan Al-Qayyum ni.

Ada 8 bidang perkidmatan yang disediakan oleh pusat rawatan Al-Qayyum ni.

a)  RAWATAN DAN TERAPI AL-QURAN (Perkhidmatan Utama)
b)  BEKAM SUNNAH
c)  RAWATAN JARAK JAUH
d)  RAWATAN RUMAH DAN PREMIS PERNIAGAAN
e)  PRODUK KESIHATAN ISLAM
f)   KELAS MENGAJI AL-QURAN
g)  PROGRAM LATIHAN PERAWAT ISLAM
h)  PROGRAM PERUBATAN ISLAM BERGERAK

Kita kena tau pakej apa yang diperlukan, kalau tak tau, boleh tanya ngan mereka tu terus, sebab kalau keperluan sebesar MPV, takkanlah kita nak guna sparepart compact car lak kan? silap-silap makin teruk, Jadi pakej dan panduan yang tepat diperlukan, jadi rujuklah pusat rawatan Al-Qayyum

 

image

Oleh kerana perkhidmatan pusat rawatan al-qayyum yang cemerlang, menjadikan pusat rawatan ini semakin popular sehinggakan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyamar dan mendakwa mereka dari pusat rawatan al-qayyum.

ketua perawat

Oleh sebab tu, ketua Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum ni, Cikgu Indera Saifullah amat-amat menggalakkan orang ramai untuk ke laman web/blog pusat rawatan Al-Qayyum agar lebih kenal dengan mereka dan tak tertipu dengan mereka yang menyamar dan mendakwa mereka dari pusat rawatan islam Al-Qayyum

APA KATA BEKAS PESAKIT? kenapa bekas? sebab dah tak sakit lepas berubat dengan pusat rawatan Al-Qayyum ni.

“Saya sangat berterima kasih kepada Cikgu Indera dan kakitangan dari PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM yang telah banyak membantu saya. Perkhidmatan yang diberikan oleh mereka adalah sangat profesional, cekap dan mesra. Saya amat yakin dengan keupayaan mereka untuk merawat apa jua penyakit.”
– Ahli Perniagaan, 45; Petaling Jaya, Selangor.

“Terima kasih kepada PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM. Syukur alhamdulillah, dengan kuasa, kehendak dan keizinan Allah SWT jua; beliau dan kakitangan telah berjaya menyelamatkan saya dari penyakit yang merbahaya.”
– Ahli Perniagaan, 27; Kuang, Selangor.

“Mereka ini amat komited di dalam memberikan rawatan dan telah menganggap Makcik seperti ahli keluarga sendiri. Terima kasih kepada Indera Saifullah kerana telah membantu Makcik. Semoga Allah SWT terus memberkati pekerjaan mulia mereka ini.”
– Saintis (Bersara) / Ibu Tunggal, 64; Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mempertemukan saya dengan PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM. Saya dan isteri amat kagum serta yakin dengan kepakaran dan pengalaman yang ada pada mereka. In shaa Allah.”
– Pesara, 65; Ampang, Kuala Lumpur.

“Walau pun saya bukan beragama Islam, saya telah dilayan dengan mesra dan ikhlas oleh Perawat dan kakitangan di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM. Rawatan mereka adalah amat profesional dan sistematik! ”
– Eksekutif, 25; Kota Damansara, Selangor.

“Sesungguhnya, kewujudan PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM merupakan rahmat dari Allah SWT yang tidak dapat dinilai dengan wang-ringgit, terutamanya untuk Pesakit seperti saya.”
– Pelajar IPT, 23; Shah Alam, Selangor.

dan lebih banyak testimoni bekas pesakit di laman web / blog pusat rawatan Al-Qayyum di sini TESTIMONI

Apa bestnya pusat rawatan Al-Qayyum ni? Berdasarkan kajian yang saya buat ke atas mereka ni, PENGALAMAN adalah kelebihan dan kekuatan mereka. Walaupun pusat rawatan Al-qayyum ni baru 3 tahun, pengalaman mereka berganda dari itu, terutama ketua perawat ni yang ada pengalaman lebih 20 tahun. Bak kata omputeh, “experience is the best teacher” , ilmu semata-mata tak menjanjikan yang terbaik. Tapi dengan pengalaman, ilmu akan datang sekali. Bukanlah nak berbangga, macam nama saya ni, ALONGXP, XP tu adalah singkatan dari perkataan experience. Contoh situasi saya,

situasi 1. sorg rakan sejawatan (juruteknik komputer) tanya kalau ada sesiapa yang ada graphic card, sebab dia nak test kat 1 pc yang takde display, saya tanya dia, kapasitor kat motherboard dia dah bengkak ke? dia kata ya, 4 biji bengkak. So dah taulah, motherboard la problem.

situasi 2. pensyarah saya tanya, 1 pc ni boleh on tapi tak keluar display, satu kelas jawab graphic card, ada sikit yang jawab motherboard. saya sorang jawab power supply, satu kelas tak puas hati dengan jawapan saya, diorang kata kalau psu(power supply unit), takkan boleh hidup, saya jawab, kalau kapasitor dalam tu dah bengkak/ pecah, macam mana dia nak supply kadar kuasa yang betul? semua diam.

Orang yang kurang pengalaman hanya nampak apa yang nyata, orang yang berpengalaman, tau apa yang berlaku disebalik apa yang orang kurang pengalaman nampak.

Kalau ada kesempatan dan peluang , saya akan cerita dengan lebih detail lagi pasal Pusat Rawatan Al-Qayyum ni, tapi saya takkan mampu nak cerita macam apa yang ditunjukkan dalam laman web/ blog alqayyum2u.blogspot.com tu. Dalam tu ada cerita macam mana nak tau sintom-sintom kena gangguan jin, dirasuk, sihir, saka, cerita pasal santau, hantu, syaitan, pelesit, dan kaedah-kaedah merawat semua tu.

Pesanan dari pusat rawatan islam Al-Qayyum

Walau apa jua jenis Penyakit / Masalah, perlulah diikhtiarkan rawatannya dgn segera agar penyakit / masalah tidak menjadi bertambah berat dan semakin sukar untuk diubati kelak. Apa yang penting, janganlah sesekali berputus asa DAN perlu adanya Iman, Taqwa dan Istiqomah (berterusan) dalam diri Pesakit dan juga Perawat; sepanjang berikhtiar mencari kesembuhan. In shaa Allah.

Hasil carian :

(Visited 297 times, 4,599,139)

Rezeki masing-masing

Tu rezeki masing-masing… tulah ayat aku pada sorang kawan aku baru2 ni. Membincangkan beberapa perkara. Antaranya pasal sorang kawan kepada kawan dia ni, buat bisnes kecil-kecilan je asalnya, tapi jenis murah rezeki, masyuk je… dia sendiri pun tak sangka, lepas tu saja-saja try buat bisnes lain, pon menjadi… tapi dugaannya, rumah tangga tak stabil, isteri dia sampai 3 kali mintak cerai, sedangkan semua benda lengkap, rumah ada, kereta mewah 2-3 biji. tapi tulah, rezeki masing-masing. dapat kat sini, kena tarik kat sana, dapat kat sana, kena tarik kat sini

Ada orang, buat bisnes ape je menjadi,hutang semua setle. Suami handsome/isteri cantik, tapi 10 tahun kawin tak dapat anak.

Duit memanjang short, tapi dapat isteri cantik,baik,sabar, redha, anak yang menghilangkan penat bila balik kerja.

Ada lak dapat suami/isteri tiptop segala benda, anak berderet, bijak2, bisnes kencang, tapi hati tak tenang, ade je yg tak memuaskan hati dia.

Rezeki masing-masing Allah bagi lain-lain rupa. Ada orang dapat rezeki dari sudut duit, ada orang dapat rezeki kat benda, ada orang dapat rezeki kat anak, ada orang dapat rezeki kat hati. ada orang dapat rezeki kat masa.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,576 times, 4,599,139)

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 257 times, 4,599,139)