Cara senang backup bookmark mozilla

Cara senang backup bookmark mozilla

Saya dah lama nak buat entri pasal cara senang backup bookmark mozilla ni, bukan setakat backup bookmark, dengan cara ni, kita boleh backup bookmark, history, add-ons dan seperti yang korang boleh tengok kat bawah ni.

cara senang backup bookmark mozillaMacam saya cakap tadi, dah lama nak tulis artikel pasal cara senang backup bookmark mozilla ni, tapi saya rasa macam, tak perlu, sebab saya ingat tak ada orang nak ambil peduli pasal benda ni.

Hinggalah satu hari, si gadis, tak, mak orang yang lekat lekit ni tanya kat group whatsapp, cara senang backup bookmark mozilla.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,574 times, 4,598,890)

Alhamdulillah, saya berjaya membantu dia backup bookmark di mozilla dia dengan mudah.

Jadi untuk panduan orang lain, yang mungkin patut amalkan benda ni sambil baca artikel ni.

Langkah pertama, pastikan anda dah bukak mozilla firefox, kalau tak, sia-sialah semua ini.

Kemudian, disudut sebelah kanan, dibawah butang pangkah untuk tutup mozilla firefox, ada satu butang(sekarang ni dalam bentuk 3 garisan)

buka menu mozilla firefoxNampak kan? tekan tu, maka menu macam kat bawah ni yang keluar kan? kat bawah-bawah sikit tu, ada tulis sign in to sync kan?

 

sign in sync mozilla firefox

Haaaa… tekan yang tu, jangan takut, jangan segan abang tolong tunjukkan.

Bila dah tekan butang tu, keluar page macam ni

mula backup mozilla

Tekan pada Get started. Akan keluar macam ni kan?

Create a Firefox Account

Untuk mereka yang pertama kali jumpa benda ni, sila daftar dengan memasukkan email dan password dan maklumat lain yang diperlukan dan mula backup bookmark mozilla korang serta benda lain macam history dan lain-lain.

untuk tips membuat password yang kukuh baca disini macam mana nak buat password yang kuat

Kelebihan benda ni, andai kata tiba-tiba laptop korang hilang, atau rosak, segala benda yang tersimpan dalam mozilla tu, akan tersimpan dan korang boleh dapatkan balik semua benda macam bookmark, history, addon dan setting mozilla pada device sebelum ni, dan masukkan semula secara automatik pada device baru.

Selain tu, kalau korang guna mozilla firefox pada lebih dari 1 device, contohnya kat tempat kerja korang guna pc, kat rumah guna laptop, kat telefon pon korang guna mozilla. Semuanya korang dah setting sync ni, maka hidup korang akan senang banyak.

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,598,890)

Walaupun korang buka sesebuah laman web tu di pc di rumah, korang boleh sambung baca cerita di laman web tu di pc pejabat, check je di history, ia pasti akan masuk sekali kalau korang amalkan benda ni.

Bila korang format laptop atau pc korang dan install semula mozilla firefox, sign in balik mozilla tu, caranya mula-mula sama macam kat atas tadi, tekan menu, tekan sign in to sync, tekan get started.

Sampai kat page ni.

Create a Firefox Accountkorang tengok kat bawah butang sign up tu, ada tulis Already have an account? Sign in kan?

dapatkan semula bookmark mozilla

kasi nampak besar sikit

Tekan kat situ, masukkan email dan password yang korang daftar tadi, lepastu, bangun dari tempat anda buat kerja, ambil air sirap selasih dan kuaci, dan teruskan guna mozilla firefox macam biasa. siap…

Hasil carian :

(Visited 88 times, 4,598,890)

One thought on “Cara senang backup bookmark mozilla

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge