Cara install wordpress melalui Softaculous

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com, apa khabar? Hari ni saya nak kongsikan Cara install wordpress melalui Softaculous.

Softaculous adalah salah satu skrip pemasangan-auto atau auto-installer script. Ia membolehkan anda untuk install aplikasi web popular seperti WordPress dengan mudah, dengan beberapa klik dan tanpa pengetahuan teknikal yang tinggi.

cara install wordpress

Syarikat penyedia webhosting seperti ServerFreak dan Gempakbox menggunakan Softaculous dalam control panel yang disediakan mereka.

Cara install wordpress melalui Softaculous

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,574 times, 4,598,611)

Langkah pertama untuk install wordpress adalah, login ke cPanel anda. Biasanya maklumat cara nak login ke cPanel anda ada diberitahu dalam email yang anda guna masa beli webhosting.

Bila dah login tu, korang akan nampak ikon Softaculous atau ikon WordPress dibawah ruangan AutoInstallers macam ni.

softaculous

Klik pada ikon WordPress dan proses pemasangan auto untuk install Wordpres akan bermula. Klik pada butang install Macam yang ditunjukkan di bawah untuk teruskan proses ni.

install blog wordpress

Bila korang nampak dia tanya kat mana korang install WordPress tu, korang perlu pilih nak guna http:// atau https://. Kalau korang ada melanggan SSL atau HTTPS, bolehlah korang pilih https:// kalau rasa macam tak tahu ada ke tak, pilih jelah http://

Lepas tu korang kena pilih domain name dan kat mana korang nak install WordPress tu. Contohnya, korang baru je beli domain abc.com dan domain tu dibeli khas untuk korang guna pada WordPress ni.

Jadi, pastinya korang nak install pada root directory, supaya ianya jadi abc.com. Kalau macam tu, di ruangan ‘In Directory’ pastikan ianya kosong.

Kalau nak ianya jadi abc.com/blog, kat ruangan ‘In Directory’ tu isi perkataan blog, jadi ianya akan di install dalam directory blog.

Skrol ke bawah sikit akan terlihat bahagian Site Settings macam ni.

seting blog wordpressSite name tu untuk nama blog korang, macam saya, saya namakan Alongxp.com, untuk site Description pulak, saya letak Blog peribadi yang best. Jangan risau, benda tu boleh diubah semula dibahagian setting nanti.

Seterusnya, dibahagian Admin Account. Biasanya Softaculous akan letak username dan password. Saya cadangkan anda ubah kepada Username lain yang mudah anda ingat, kalau boleh, jangan guna admin, dan buat password yang kukuh.

Macam mana nak buat password yang kukuh? Baca ni -> Macam mana nak buat password yang kuat

Masukkan alamat email anda ke dalam ruangan Admin email. Pastikan alamat email ni alamat yang betul dan anda ingat password email ni sebab WordPress akan hantar notifikasi dan link untuk reset pasword andai kata anda terlupa password blog anda ni.

Bahagian lain adalah terpulang untuk anda isi atau biarkan seadanya. Sekarang anda dah boleh klik butang install.

install wordpress melalui softaculous

Sekarang Softaculous akan menjalankan install mengikut tetapan yang kita dah buat. Anda boleh lihat progressnya maacam gambar dibawah.

proses install wordpressIanya kadang kala mengambil masa yang agak lama, jangan gatal-gatal nak tutup browser anda selagi belum cukup 100% sebab ia akan merosakkan masa depan blog wordpress anda. Nak bukak new tab untuk buat benda lain boleh.

Bila dah cukup 100%, mesej sebegini akan terpapar.

siap install wordpress

Rumusan tentang apa yang kita buat tadi akan dipaparkan yang memberitahu, alamat blog kita, dan alamat untuk masuk ke page admin.

Dah siap dah.

Sesungguhnya zaman ni dah senang dah. Tak payah nak upload guna ftb, tak perlu nak create database secara manual, edit kod. Klik klik daaaaaahhh siap dah install blog wordpress. Sambil makan kuaci pun boleh buat.

Nak update wordpress pon dah senang. Senang cerita, generasi baru yang nak berjinak-jinak dengan wordpress sekarang ni dah cukup senang, yang jadi susah sebab banyak alasan je.

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,598,611)

Well… itu jelah buat masa ni… macam dah nak mula merapu dah ni.

Jumpa lagi di alongxp.com, bye

 

 

 

Hasil carian :

(Visited 171 times, 4,598,611)

19 thoughts on “Cara install wordpress melalui Softaculous

  1. saya selama ini belum pernah coba maen wordpress nih mas, jadi belajar daulu bagaimana instal wordpress yang benar, ternyata mudah ya, bisa rekomended gak mas untuk hosting yang baik apa?

    • saya pun antara orang yang lambat tahu pasal auto script ni, lepas hampir 2 tahun buat blog wordpress baru tahu pasal autoscript, tapi masa tu guna fantastico ke ape ntah namenye…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge