Cara cari handphone yang hilang

Assalamualaikum dan hai para pembaca blog alongxp.com, apa khabar? Kali ni saya nak kongsikan cara nak cari handphone yang hilang.
Tak payah fikir negatif sangat kata handphone kena curi ke kena ragut ke, walaupun kebanyakkan handphone hari ni dah besar buku teks sekolah, masih lagi kita boleh tercicir.

Kalau masa handphone kecil dulu kata “tak perasan bila masa dia jatuh”, ni dah besar pun boleh tak perasan letak kat mana.

Sebenarnya saya cakap pasal diri saya sendiri hehehehe…

Cara cari handphone yang hilang

gambar sekadar hiasan

gambar sekadar hiasan

Artikel cara cari handphone yang hilang ni sesuai sangat untuk rakan-rakan yang menjadikan semut sebagai jajan mereka. Sambil tengok movie, sambil makan semut. Maksudnya pelupa la.

Mengesan handphone tanpa menggunakan apa-apa app atau software tambahan. dan hanya menggunakan akaun gmail anda.

Itu dia satu lagi fungsi email gmail anda.

kelebihan

  • mengesan kat mana handphone tercicir
  • boleh memadamkan semua data dalam handphone anda dari mana sahaja
  • menjejaki handphone anda
  • mengunci handphone anda dari mana sahaja

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,566 times, 4,597,342)

Untuk entri cara cari handphone yang hilang ni, saya masih menggunakan handphone huawei saya, memandangkan tak ada sesuapa yang sudi untuk sponsor handphone lain.

Tips ni anda kena terus cuba buat sambil baca entri ni atau lepas baca entri ni. Jangan dilengah-lengahkan lagi.

Langkah pertama, ambil handphone android anda. Tengok ada calar tak? Pergi ke setting, Dibawah privacy and security, pilih security

privacy and security

OK, sekarang dibawah Device Administration, pilih device administrator.

device administrators

Ada nampak tak android device manager?

android device managerActive ke tak aktif? kalau aktif, ok boleh sambung makan semut, kalau belum active, sila active kan dia.

Mungkin android anda rupa macam ni

android device manager cari handphone yang hilangKalau masih belum aktif, saya cadangkan anda buat sekarang juga, sebab, benda nak jadi, kita tak tahu bila nak jadi kan?

Seterusnya…

Menganggap konon-konon saya tak jumpa handphone saya, sambil muka dah pucat walaupun tak berapa ketara kerana warna kulit yang agak gelap, saya cuba menyelak kain alas meja, mendukung bantal dan mengangkangkan laci meja untuk mencari kat mana saya letak handphone saya.

Pinjam telefon wife untuk misscall handphone saya… dail nombor sendiri dan letak di telinga, terdengar suara awek.

“Maaf, sila tambah nilai untuk membuat panggilan”

Alah awek ni… asek nak mengepow je kerjanya… macam mana ni?

Buka https://play.google.com/store keluar pula macam ni.

masukkan username dan password gmail

masukkan username dan password gmail anda, di paparan seterusnya, tekan butang gear seperti di rajah dibawah

android device manager

Dan tekan android Device Manager. Di paparan seterusnya tekan Accept.

device manager

Bila dah tekan accept tu, dia akan paparkan telefon anda yang aktif baru-baru ni dan lokasinya. Dan anda boleh buat beberapa perkara seperti buatkan ia berdering, lock dan padam semua data dalam telefon tu.

cari handphone hilangSenang banyak kan? Tapi, telefon tu kena ada sambungan internet la… saya dah cuba kalau tak ada internet, tak dapat mengesan telefon tu.

Akhir sekali, kalau telefon anda hilang, buat la report polis ke bagitahu ketua kampung je, krt taman ke, jangan memandai-mandai g cari orang yang curi tu.

Kang kena pukul, rogol dan bunuh kang sia-sia je.

Ok? selamat mencuba dan terima kasih

domain murah

(Visited 140,867 times, 4,597,342)

p/s: tips ni boleh guna untuk mengesan pasangan kita dan prank rakan-rakan kita kalau kita tahu alamat email dan password yang mereka guna di telefon mereka hehehehehe

Hasil carian :

(Visited 518 times, 4,597,342)

3 thoughts on “Cara cari handphone yang hilang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge