cakap dengan diri saya yang lagi satu

benda cakap dengan diri saya yang lagi satu ni timbul dalam entri yang lepas, entri Bukan takut bini , tapi bini yang tak takut suami, dalam tu saya ada nyatakan macam ni. “Tapi baru2 ni sambil saya tengok 1 rancangan ni,otak saya buat kajian,hujah,dan kesimpulan dengan diri saya yang lagi 1”

Rasanya dalam tahun 2 lepas, saya ada ke kenduri kat rumah kawan saya, lepas makan tu, duduklah berbual dengan kawan-kawan yang lain. sambil berbual tu, pandangan kami terarah kepada sorang budak, umur dalam 5 ke 7 tahun. tengok dia cakap sorang2, tapi bukan setakat mulut terkumat kamit je… siap dia berpaling ke arah kiri dia, seolah-olah ada orang kat sebelah kiri dia.

tak lama lepas tu, dia cakap ngan diri sendiri tu bukan kat sebelah kiri je, dia berpaling ke kiri dan kanan, macam dah ada 2 orang pulak, kali ni bukan bercakap je… siap macam bertekak pulak… makin lama kitorang tengok, macam makin ramai pulak kawan dia tu.

kawan saya tanya kepada saya “kau pernah tak jadi camtu? sebab aku kadang-kadang pon camtu jugak. macam ada kawan yang aku berbual”

Saya pon jawab “Selalu… tapi tak macam budak tu, aku start masa aku dah habis sekolah”

Mengikut pengalaman dan kajian saya(hasil pemerhatian dan bacaan) cakap dengan diri sendiri ni, ada beberapa tahap, antaranya tahap macam saya, dan sampai tahap macam kawan saya yang mana sampai dapat lesen atau kad khas dari hospital khas(kalau tak faham, sila komen)

cakap dengan diri sendiri

Macam saya, saya biasa bercakap dengan diri sendiri, terutama sekali masa tahun 2005 hingga 2009. tu waktu paling kritikal saya bercakap dengan diri saya yang lagi 1. Tau tak kenapa masa tu masa paling banyak saya bercakap dengan diri sendiri? sebab saya menyimpan beberapa rahsia yang saya tak boleh nak share sikit pon dengan orang sekeliling. ditambah pulak, rahsia tu memerlukan saya untuk membuat keputusan.

Kenapa saya tak boleh share sikit pon rahsia saya dengan orang lain? antara sebabnya latar belakang orang sekeliling yang sangat berbeza dengan saya, masa tahun 2005, saya baru masuk poli, masa tu umor saya 21. kawan-kawan dalam kelas saya pulak majoritinya umur 18, yang umur 19 ada dalam tak sampai 5 orang, yang umur 20 ada sorang je… perempuan pulak tu.

domain murah

(Visited 141,076 times, 5,302,743)

Bercerita pasal hal peribadi kat sorang perempuan boleh membawa padah atau mungkin boleh jadi bagus. terpulang pada diri lelaki tu, samaada dia ada perasaan kat pompuan tu atau tak. kalau ada perasaan, mungkin boleh jadi langkah pertama nak meningkatkan hubungan kepada lebih rapat, kalau takde perasaan, takut perempuan tu jadi perasan yang lelaki tu nak kat dia.

saya habis belajar kat poli tahun 2007, dari 2007 sampai 2009 tu tak payah la saya cerita dengan lebih lanjut ye… nanti makin panjang pulak entri ni.

Pada saya, tak pelik pon cakap dengan diri sendiri ni. tak salah pon. yang penting kena kawal la… jangan sampai terbawak-bawak sangat la. macam saya, saya guna diri saya yang lagi satu tu kebanyakkannya untuk membuat keputusan. biasanya saya yang lagi satu tu adalah pembangkang. yang mana “dia” akan memandang sesuatu keputusan yang saya nak buat tu dari sudut yang lain.

sape yang pernah tengok cerita naruto, tengok watak sakura haruno. pernah tengok keadaan macam ni kan?

cakap dengan diri sendiri

lebih kurang macam tula situasinya… diri yang satu lagi, yang kat dalam tu, berbeza dengan yang kat luar. tak salah pon kita guna atau cakap dengan diri sendiri cuma macam saya kata tadi, jangan sampai terbawak-bawaklah.

mungkin sebab tulah kot 2 orang penceramah motivasi tak dapat nak baca saya. hahahaha.

entri dari blogger lain pasal cakap dengan diri sendiri

al-hakam

akuislam

lissa

aimiamira

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

(Visited 178,833 times, 5,302,743)
(Visited 168 times, 5,302,743)

5 thoughts on “cakap dengan diri saya yang lagi satu

    • itu maknanya kaklongchan berjaya mengawal diri yang lagi satu, bukan biarkan dia yang mengawal kaklongchan…
      bermaknan kaklongchan tahu menggunakan diri yang lagi satu tu untuk membantu diri sendiri

      keep it up, make it better

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge