Bukan takut bini , tapi bini yang tak takut suami

Mesti korang pernah dengar orang cakap pasal takut bini… biasanya dalam dialog lebih kurang camni laa…
Pihak a: “eeeeiii… takut bini”
Pihak b: “bukan aku takut bini,tapi bini yang tak takut aku”
Biasanya kita dengar cam kelakar… kadang yang menyampaikan tu pon menjawab sambil gelak-gelak..
Saya pon biasa dengar n biasa gak cakap camtu kat kawan2…. “bukan die takut bini,bini dia yang tak takut dengan dia… hahahaha”

Tapi baru2 ni sambil saya tengok 1 rancangan ni,otak saya buat kajian,hujah,dan kesimpulan dengan diri saya yang lagi 1(pelik tak bunyinya?nanti kita cerita)

takut bini marah suami

Hasil kajian pandangan saya lepas tengok cerita tu, baru saya faham apa yang orang cakap pasal bukan takut bini atau bukan takut isteri, tapi isteri yang tak takut suami atau bini yang tak takut laki.

Si suami sorg lelaki yang badan beketul-ketul,tegap.. juara beberapa jenis seni mempertahankan diri. Lengan dia lagi besar dari peha saya. Tapi bila bini atau isteri die cakap atau arahkan,dia diam je…tunduk je… kalau die rasa dia ada pandangan sendiri pon die banyak diam je.

Kenapa dia tak melawan? Dia juara martial art,juara seni mempertahankan diri, sedangkan lelaki tegap pon kalah dengan dia.inikan bini dia yang keding tu? Dia takut bini ke?

yang ni la yang saya rasa apa yang dimaksudkan bukan takut bini atau isteri, tapi bini atau yang tak takut suami. apa yang dimaksudkannya tu? maksudnya bukanlah si suami takut dengan isteri dia, tapi dek kerana si isteri yang berani, tak takut pada suami, hormat? tak tahulah…

apa yang jadi bila isteri tak takut kat suami? kalau isteri tak takut suami, suami pulak tak bersikap diam atau mendiamkan diri, si isteri dengan benang yang basah, si suami pon sama. apa yang jadi agaknya? perang lah…

Persoalan yang bermain dalam kepala saya sebagai seorang lelaki, adakah isteri yang tak takut suami ni menghormati suami dia? betul-betul hormat ke? apa yang dia maksudkan dengan hormat suami dia tu?

pada saya tak salah isteri nak bagi pandangan. tapi… camne nak cakap e? berbincang dengan berdebat tu dua benda yang berbeza tau.

apa sebab isteri tak takut suami? selain dari segi material(pendapat dan pangkat isteri yang lebih tinggi), adakah sebab isteri rasa dia lebih hebat dari suami dia? adakah isteri memandang rendah akan suaminya? hebat sangat ke isteri dia?

pada saya, pokok pangkalnya kembali kepada ajaran agama kita, agama islam…

post berkaitan takut bini tak takut suami

Hasil carian :

(Visited 510 times, 4,600,289)

One thought on “Bukan takut bini , tapi bini yang tak takut suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge