Budak sekolah sekarang dan dulu

Ni cerita beberapa hari lepas, entri bertajuk Hidupkan budaya rotan kat blog imron buat saya nak tulis entri beza budak sekolah dulu dengan budak sekolah sekarang.

Kalau kita tengok kat surat khabar, banyak isu kes budak sekolah, kes cikgu, dan lain-lain. Adalah satu kejadian ni yang buatkan saya dan kawan-kawan cerita pasal zaman kami masa sekolah dulu dengan zaman budak sekolah sekarang.

hidupkan budaya rotan

Zaman budak sekolah sekarang ni, cikgu tak boleh marah, tak boleh rotan, tak boleh mengabaikan, budak mengadu, mak bapak datang serang, silap-silap siap dengan report polis, saman dan segala mak nenek lagi. Segala tindakan guru dipertikai. Kenapa itu kenapa ini?

Berbeza dengan zaman saya sekolah dulu, lain… “nanti cikgu marah kalau kau tak buat kerja sekolah” itu yang mak saya risaukan.. dulu saya  cukup risau kalau ada kerja sekolah tak siap, bukan takut cikgu marah, tapi takut mak saya periksa beg sekolah tengok ada kerja sekolah yang tak buat lagi.

anak tak buat kerja sekolah

Zaman saya sekolah, tak ada pertikaian cikgu-cikgu bagi sekolah banyak ke apa. Apa cikgu buat, pada ibu bapa kita mesti ada sebab munasabah.

Kalau zaman saya sekolah dulu. Kalau kat sekolah kena rotan atau kena marah dengan cikgu sekali pon, balik gerenti tak akan bagitahu mak bapak. Sebab apa tak nak bagitahu? sebab bukan mak ayah nak bela kita, mesti dia tambah lagi punya.

Kalau tak tali pinggang, penyangkut baju, kalau ada rezeki, rotan… haha… bunyi macam kes dera kan? saya tak takut nak cerita kat sini sebab masa kecik dulu memang rasa sakit, perit, menangis tersedu-sedu. Tapi bila dah besar, itu jadi kenangan manis.

Masa saya kecik dulu, kena pukul, menangis, melalak, melolong, jiran sebelah dengar, dia tak de la nak call polis ke ambulan ke JPA ke tok adi ke kata kita dera anak. Sebab diorang pon same jugak haha.

Point ibu bapa zaman aku sekolah dulu senang “kalau kau tak salah takkan cikgu pukul (atau marah atau denda)”, dia tak tanya apa salah kita, kasi hantam dulu. Baru perbicaraan, kalau kes besar dari yang dijangkakan, hukuman sebat mandatori akan digandakan.

rotan pelajar

Macam saya cakap la… masa tu memang rasa benda tu perit, tapi bila dah besar, benda tu jadi kenangan manis, takdelah nak berdendam macam dalam drama melayu tu. tu semua poyo!!

budak sekolah sekarang

Sebab tu budak-budak sekarang tak hormat orang tua, tu yang tetak mak bapak la apela…

bunuh cikgu belasah cikgu kes pelajar

 

 

Hasil carian :

(Visited 1,155 times, 4,597,465)

8 thoughts on “Budak sekolah sekarang dan dulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge