Buat ukiran kayu – tips photoshop

Sambungan dari entri semalam, Tips photoshop buat tulisan di permukaan – sambungan , hari ni kita cuba buat ukiran kayu pada papan tanda kayu semalam.

Disebabkan kita dah melalui proses yang agak panjang kat entri Tips photoshop buat tulisan dipermukaan semalam, jadi kita dah ada bahan untuk di bentukkan sahaja.

Masih lagi menggunakan benda-benda semalam, kalau anda nak mula dari awal, boleh tengok dua entri sebelum ni, atau boleh download yang saya dah buat kat sini(kalau saya tak TERbuang hehe).

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,794 times, 5,278,024)

1) sama dengan langkah nombor entri semalam, Tips photoshop buat tulisan di permukaan – sambungan, pada layer 1 tu kita klik kanan dan pergi ke blending options

blending option ukiran kayu

atau double klik pada tulisan Effects yang ada mata sebelah dia tu. klik selaju yang pernah anda buat

photoshop ukiran kayu

Benda yang sama gak akan keluar, iaitu Dialog box Blending option yang lebih kurang macam ni.

seting drop shadow tulisan timbul

Tapi yang tu pilihannya adalah Drop shadow, sekarang ni, untuk langkah seterusnya dalam nak buat ukiran kayu guna photoshop ni, untick kotak drop shadow dan klik pada tulisan Bevel and Emboss, macam ni

Bevel and Emboss

dan kalau korang guna 2 monitor, satu untuk adjust dan satu tengok hasil macam saya cakap semalam, korang boleh nampak dengan jelas hasilnya jadi macam ni.

Hasil pertama

Tapi tu tak nampak real lagi kan? jadi apa yang kita nak buat supaya nampak macam tulisan tu di ukir pada kayu tu? ok, ni sila tumpukan perhatian kat sini, takut terkeliru.

style pillow emboss

Pada style tu, kita pilih Pillow Emboss macam kat gambar atas ni, bila kita pilih je Pillow Emboss tu, terus hasilnya jadi macam ni.

hasil style pillow emboss

nampak? kalau tak nampak, kita adjust depth dia

adjust depth

haaa… baru la nampak… kan?

buat ukiran kayu

Kita boleh buat uji kaji lagi dengan cuba technique yang ada. Kalau kita guna Chisel Hard

chisel hard

Hasilnya macam ni.

guna teknik pahat photoshop

Dan kalau guna chisel soft pula dia jadi macam ni

hasil ukiran

Jadi terpulang pada korang nak pilih buat ukiran kayu menggunakan photoshop ni menggunakan teknik yang mana sekali pon, saya hanya menunjukkan jalan yang ada, terpulang pada anda semua.

Selamat mencuba

Hasil carian :

(Visited 627 times, 5,278,024)

6 thoughts on “Buat ukiran kayu – tips photoshop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge