Bosan dengan komputer

Macam yang saya nyatakan dalam entri sebelum ni… Blog saya lebih kepada blog geek. Iaitu benda yang melibatkan komputer dan teknologi maklumat. Tapi kalau tgk akhir-akhir ni tak banyak benda berkaitan komputer saya kongsikan. Sebab ada kalanya saya bosan dengan komputer.

Ada kalanya saya nak jadi orang biasa. Bukan “pakar komputer” macam yang orang selalu cop kepada saya walaupun hakikatnya saya jauh sangat nak sampai tahap pakar tu.

Orang lain berani mengisytiharkan mereka pakar, tapi saya tak pernah berani mengaku yang saya ni berani, tambah-tambah ada satu keadaan tu, saya dapati, sebenarnya pengetahuan saya hanyalah lebih sikiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit je dari user biasa.

Kalau nak dinyatakan atas kertas atau nak dibuat portfolio, memang ” . ” kosong, atau mungkin titik je yang ada.

Sebenarnya kalau ada yang nak temuramah saya dan tanya siapa yang mendorong saya untuk hidup dalam dunia komputer, saya macam tak ada jawapan nak jawab.

Yang saya ingat, masa darjah empat, masa saya sekolah kat sekolah kebangsaan polis depot, Saya pernah pinjam buku bertajuk bahasa komputer. Tapi saya tak ingat pun apa isi kandungan buku tu

sk polis depot

bangunan kelas saya ada lagi – hasil carian google

Saya mula berkenalan dengan internet melalui kawan saya yang memperkenalkan saya dengan mIRC, lepas tu saya rajin gakla pergi ke cc untuk berchating, sampai saya tingkatan 4 ke 5 macam tu.

Bila saya dah habis sekolah pun, saya tak pandai sangat lagi pasal komputer, sampailah masa saya tinggal serumah dengan seorang freelancer ni, dan sebelum saya masuk ke politeknik, barulah saya dapat beberapa ilmu asas tentang komputer.

Masa tu internet mahal lagi, dahla mahal, slow pulak tu… oleh kerana saya tak mampu nak melanggan internet masa tu, jadi dengan komputer yang sebahagiannya saya beli 2nd hand, dan sebahagian lagi saya beli ansur-ansur, saya pon godeklah komputer tu, dari pakai casing tower mini, saya pindahkan sendiri ke casing tower.

Masa tu software pirate pakai cd, beli kat kedai komputer atau kat kedai cd game, yang download bukan pilihan utama… jadi bila ada duit, saya beli la cd software, try segala macam software, install winamp pon pakai cd hehehehe

Evolusi pakai cd, ke cdr, ke dvd rom ke dvdrw saya sempat merasa, nak pakai blueray je tak mampu. Masa tu selalula pinjam cd kawan-kawan, pinjam cd game la, cd software la… dan cd yang bukan tatapan kanak-kanak(tu duluuuuuuuuuuuuuuu).

Keje menggodek komputer je… tapi yelah, bila tak ada internet, terhad lah benda nak dibuat, masa tu mula saya belajar photoshop… belajar sendiri je… takde menuntut dengan siapa-siapa pun. Tu yang kadang tak tahu istilah, tak tahu shortcut tu. Bila dah puas super impose gambar, main red alert, lepastu photoshopkan lagi gamba, gamba yang tak cantik, saya cantikkan gambar guna photoshop

Gambar lelaki saya pakaikan baju perempuan, yang perempuan saya… errrr… makeupkan… hehehehe. sampai dah bosan dengan komputer, saya shutdown. Baring…

Bangun tidur, buat apa yang patut, menghadap balik komputer tu, tak tahu apa nak buat, tutup balik.

bosan dengan komputer

Kadang orang ingat hidup saya ni dengan komputer je. kadang saya bosan dengan komputer, nak buat benda lain… tapi dah kerja hakiki pon juruteknik komputer, takkan nak betulkan paip pulak kan?(tapi tu pon kadang saya yang kena buat).

Hasil carian :

(Visited 107 times, 4,597,465)

19 thoughts on “Bosan dengan komputer

  1. Di jaman ini komputer sudah seperti kebutuhan hidup. Walau bosan, komputer harus selalu ada di manapun kita berada. tanpa komputer rasanya hampa

  2. Kalo bosan mungkin saja terjadi, tapi itu tetap harus dijalanai sebab sepertinya hidup kurang sempurna jika tak pakai komputer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge