Boikot produk yahudi

Teterbitnya entri bertajuk boikot produk ni bukanlah kempen boikot produk yahudi tapi satu entri yang berbentuk persoalan atau pandangan.

Terdetik nak luahkan dalam blog ni bila tengok status sorang rakan fb pasal cina boikot produk malaysia.kata dia dalam tu… kalau cina boleh boikot produk malaysia kenapa malaysia tak boleh boikot produk yahudi?

Ok… mula-mula saya TERINGIN nak tahu… apa produk malaysia yang diperlukan dicina? Apa produk malaysia yang cina tak boleh nak diganti bila diorang boikot produk malaysia?

Cina… ape benda yang diorang tak boleh buat atau copy? Copyrightlah… securitylah macam mana sekali pun produk tu… ape benda yang diorang tak boleh copy atau klonkan? Even telur pon diorang boleh klonkan

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,599,139)

klon barang

Apa kelebihan bila diorang buat macamtu? maksudnya apa faedah diorang dapat dari klon produk lain? Peluang pekerjaan makin bertambah,kos sara hidup boleh dikurangkan… kenapa saya cakap macam tu? Kenapa kita nak kena keluarkan rm150 sedangkan kita boleh membelanjakan rm30 untuk 1 benda yang sama? Contohnya baju… harga RM150,pakai 5 jam sehari, 4 kali sebulan(maksimum) pakai tak sampai setahun lepastu dah rasa tak best,tak pakai.. buang… baju yang sama,kualiti 90% sama… situasi pakai sama dengan situasi kat atas… beza antara baju RM150 dengan RM30 adalah ori dengan tak ori. Mana 1 pilihan anda?

Ok… tinggalkan pasal cina boikot produk malaysia, sebab tu bukan tajuk kita… tajuk kita boikot produk yahudi.
Saya tak menolak kempen boikot produk yahudi,tapi secara jujurnya tak mampu jugak nak menyokong sepenuhnya boikot produk yahudi. Kenapa?

boikot produk yahudi boikot produk yahudi 2

Anda senaraikan SEMUA produk yahudi tu,dan senarai produk untuk menggantikan produk-produk tu. Pastikan produk tu boleh didapati disemua negeri dimalaysia. Anda mampu cari? Sebarkan…

Sebarkan??jap… sebarkan kat mana e? Laman sosial… facebook la tu kan?eh… facebook tu bukan yahudi punya? Mmmm… sebenarnya kita mampu je nak keluarkan produk-produk sendiri… tapi beberapa kekangan yang buat kite mati. antaranya yang paling besar sekali masalah kewangan. “kita beri bantuan kewangan melalui tekun, melalui punb” ada sape2 yang ada pengalaman ngan benda-benda ni? pergi pejabat memanjang tutup? call tak angkat? syarat nak apply,wajib kena ikut kursus yang diberikan… ni nak meniaga ke nak kursus? kursus memang penting, tapi lebih baik kalau mereka bagi kursus onsite, datang ke premis, atau datang jumpa peminjam atau peniaga, berbincang, audit, cari kelemahan, bantu mereka… bukannya suruh pergi ke kursus berhari-hari untuk benda yang diorang dah tahu… masa tu bernilai… masa kan emas?

syarat yang ketat nak keluarkan produk, malaysia ada banyak pencipta, tapi banyak sangatlah syarat dan peraturan yang pelik-pelik yang menyekat kebolehan mereka. lepastu nak paternkan pulak kena bayar lagi,beribu pulak tu benda belum jual mana nak datang duit? last2 duit habis kat benda yang tak buat lagi.

Anda semua,saya,kita RAKYAT beria boikot produk yahudi ni… tapi kuasa besar buat tak tahu… silap2 menuduh kita menghasut lak…iklan produk yahudi beria kat media… nape e?

Boleh tak kalau jangan libatkan politik, rasuah atau yang sama waktu dengannya (harap boleh fahamlah) yang boleh memberi beban kepada pencipta dan peniaga dan seterusnya pengguna. Jangan ambil kesempatan untuk jadi senang dengan cara yang mudah dan menindas.

BERI PELUANG… beri peluang kepada peniaga.. terutamanya peniaga bumiputera… janganlah asik nak menyaman, menyita je… bagi tunjuk ajar… bantu diorang untuk berjaya. Kalau benda haram boleh dihalalkan… kenapa nak buatkan yang halal jadi haram? bila kita nak naik camni? tu belum cerita pasal cukai dan yang sewaktu dengannya lagi

 

bangsa kita meniaga bukan macam dulu dah… yang betul-betul serius dah makin ramai dah. pereka, pencipta dah makin ramai dah makin genius. Selain dari boikot produk, apa yang penting, kita boikot rasa dengki, rasa tak peduli dan perasaan yang tak membantu bengsa dan negara kita jadi lebih maju.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,576 times, 4,599,139)

Hasil carian :

(Visited 243 times, 4,599,139)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge