Bloglist berkategori

Hai semua, apa khabar? lama tak buat entri dimulakan dengan bertanya khabar. Sebelum ni saya tak nampak rasionalnya saya nak buat bloglist di sidebar, tapi baru-baru ni, saya banyak blogwalking kan? Jadi sepanjang saya berblogwalking tu, macam-macam jenis blog yang saya jumpa.

Ada blog parenting yang berkongsi kisah dan tips sebagai ibu bapa,berkongsi cerita perkembangan anak-anak mereka, ada blog teknologi yang berkongsi tips dan informasi pasal teknologi terutamanya berkaitan elektronik dan komputer, ada yang berkongsi cerita pasal komputer, hardware, software, web dan blog, koding, pasal handphone, pasal android, smartphone dan benda-benda yang saya kategorikan mereka ni sebagai geek la.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,566 times, 4,597,341)

Idea ni timbul lepas tengok ada kalanya bloglist ni memberi backlink kepada blog-blog lain, Tambah-tambah lepas terbaca post kat blog acul pasal plugin bloglist, saya terfikir nak buat bloglist berkategori kat sidebar saya ni, antara kategori yang saya nak buat (buat masa ni) adalah seperti yang berikut

Blog Shaklee

Blog WordPress

Blog Geek

Blog Automotif

Blog Radio Amatur

Blog Seni

Blog Makan-makan

Blog Jalan-jalan

Blog Motivasi

Blog Parenting

Blog Pendidikan

Blog DIY 

sign board bloglist

Ok, ni penerangan tentang kategori-kategori diatas

Blog Shaklee – dah tentulah blog pengedar shaklee, yang berkongsi tips kesihatan dan produk shaklee

Blog WordPress –  blog yang berkongsi tips dan trick wordpress, atau… blog yang menggunakan platform wordpress, yang blognya tak masuk dalam salah satu kategori yang ada.

Blog Geek

Blog Automotif – Blog dunia permotoran, macam paultan tu ke, blog yang berkongsi informasi tentang motorsikal, kereta, lori, bas, dan sama waktu dengannya, termasuklah tips pemanduan, penjagaan enjin dan apa-apa tips berkaitan automotif

Blog Radio Amatur – Blog dunia radio amatur, hanya orang radio amatur tau penerangannya hehe

Blog Seni – Untuk kategori ni, tak kiralah anda ni jurufoto, kaki photoshop, designer, pelukis potret, pelukis karikatur, tak kisah, asalkan ianya seni visual. kongsikan.

Blog Makan-makan – Blog yang banyak berkongsikan makanan, sama ada review tempat makan, pengalaman makan, blog resipi, atau apa-apa yang mampu menaikkan nafsu makan atau panduan untuk memikat perut suami

Blog Jalan-jalan –  Blog yang cerita pengalaman berjalan kesana kemari. tak kira lah luar negara ke dalam negara ke, atau blog yang memperkenalkan tempat untuk dilawati. Senang cerita blog yang menarik minat orang nak jalan-jalan

Blog Motivasi –  Blog yang memberi motivasi, semangat, inspirasi, nasihat, kata-kata hikmah, dan yang sama waktu dengannya.

Blog Parenting –  Sebuah blog yang menceritakan pengalaman ibu atau bapa atau penjaga anak-anak, berkongsi tips penjagaan anak, masalah anak-anak macam masalah kesihatan, tips mengajar anak membaca ke, cara nak didik anak ke, tips penyusuan ke, tips mengandung, tips nak tambah anak ke, yang lebih kurang macam tulah.

Blog Pendidikan – Blog pendidikan ni tak terhad kepada guru dan pensyarah aje. Asalkan korang rasa korang sesuai masuk dalam kategori ni, dan saya rasa sesuai juga, saya akan masukkan. jangan risau.

Blog DIY – Blog DIY ni mungkin blog yang paling ramai orang suka, tambah-tambah bila kos sara hidup dah makin mencanak, tapi sepanjang saya rajin berblogwalking ni, macam tak banyak je yang saya jumpa.

Blog peribadi? jangan risau… pada saya, blog sebenar adalah blog peribadi, kalau tak ada sentuhan peribadi, bukan blog namanya, tu dah jadi macam portal, atau laman web media, atau laman web mengarut? Contohnya macam blog saya ni, walaupun blog saya ni kiranya blog peribadi, tapi saya banyak share pasal komputer, android, laman web, wordpress, jadi saya kategorikan blog saya sebagai blog geek atau blog computer geek.

Antara kelebihan bila saya buat bloglist berkategori macam ni, bila berkategori macam ni, blogger yang berkategori yang sama boleh menimba ilmu dan berkongsi ilmu yang ada antara mereka, selain mendapatkan idea, ianya juga secara tak langsung mewujudkan rangkaian antara kategori yang sama.

Setiap kategori saya akan pilih 5 hingga 20 blog sahaja, dasar pemilihan tu bergantung pada “suka hati aku lah”, bermakna bergantung kepada penilaian saya,tapi bukanlah berdasarkan “aku tak suka dia ni, dia ni kroni blogger ni” atau “blog dia lawa, owner dia pon lawa”,  banyak lah kriteria yang saya akan libatkan yang kalau saya nak jelaskan kat sini panjang sangat pulak, penilaian saya secara ringkasnya adalah blog yang mesra blogging, jujur, dan beberapa kriteria teknikal berdasarkan pengalaman saya sebagai blogger yang dah lebih 5 tahun ni.

Syarat nak masuk dalam bloglist tu simple je… sangat simple, hanya perlu komen kat entri ni, nyatakan jantina dan kategori mana blog anda berdasarkan kategori yang saya nyatakan diatas. Kalau kategori blog anda tak ada yang sesuai dalam ni, nyatakan kategori mana blog anda, mungkin saya  akan mempertimbangkan.

Simple kan? tapi kalau korang buatlah satu entri sempena bloglist berkategori ni, dan backlink ke entri ni, peluang tu lebih sikitlah, sebab nampak lah yang korang ni bebetul nak terjebak dalam senarai bloglist ni kan?

Kalau kategori tu tak sampai 5 blog, mungkin…. mungkin kategori tu tak akan masuk dalam bloglist, atau saya akan cipta satu kategori khas.

Tarikh tutup untuk mendaftarkan blog anda dalam senarai bloglist berkategori ni adalah 28/12/2014, bermakna mulai 1/1/2015, akan wujudlah bloglist berkategori ni. Itupun kalau benda ni berjaya lah… kalau tak berjaya, macam tulah. hehehe

Hasil carian :

(Visited 33 times, 4,597,341)

33 thoughts on “Bloglist berkategori

  1. Gud idea jugak tu… pernah terlintas nak buat… nanti kalau dah free saya mungkin akan buat juga…

    saya lelaki dan blog saya biasanya cerita jalan jalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge