Beza WordPress.com dan WordPress.org

Beza WordPress.com dan WordPress.org

Apa beza WordPress.com dan WordPress.org ? Nampak macam sama, wordpress juga, tapi ada beza antara wordpress.com dengan wordpress.org yang kebanyakkan orang tak tahu. Terutama pengguna blog wordpress.com sendiri.

beza wordpress.com dan wordpress.org

Alah, saya dulu pon tak tahu juga beza wordpress.com dan wordpress.org, agak lama saya guna wordpress, tapi saya tak tahu yang wordpress ada 2 identiti berbeza iaiatu wordpress.org dan wordpress.com.

Biar saya terangkan sikit apa itu wordpress.com dan apa itu wordpress.org.

Wajib tengok yang ni:

Banyakkan blue dalam hidup anda

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

Bukti rakyat Malaysia suka blue

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,540 times, 4,593,162)

Apa itu wordpress.org?

WordPress.org adalah sebuah laman web dimana kita boleh download software blogging/ CMS wordpress, download theme wordpress dan download plugin-plugin untuk wordpress yang kita install di webhosting kita sendiri.

WordPress adalah satu projek perisian berblog/CMS sumber terbuka yang di pacu oleh satu komuniti dan di wordpress.org anda boleh berbincang di forum wordpress.org, baca berita tentang wordpress dan banyak lagi.

Apa itu wordpress.com?

WordPress.com adalah satu laman web yang membolehkan pengguna untuk berblog menggunakan platform wordpress secara percuma.

Syarikat Automattic yang diasaskan oleh Matt Mullenweg adalah syarikat yang mengendalikan wordpress.com.

Anda tidak perlukan webhosting untuk menggunakan servis asas wordpress.com.

Ada sesetengah servis dan plugin yang anda boleh gunakan di wordpress yang telah anda download dan install di webhosting anda sendiri memerlukan anda untuk menghubungkan plugin tersebut dengan akaun anda di wordpress.com.

domain murah

(Visited 140,847 times, 4,593,162)

Sekarang saya akan terangkan sedikit beza wordpress.com dan wordpress.org.

Penggunaan:

WordPress.com: Daftar atau cipta akaun di wordpress.com dan mula berblogging.

WordPress.org: Download dari wordpress.org dan upload di webhosting atau install di webhosting menggunakan script autoinstaller seperti softaculous dan fantastico.

Kos hosting:

WordPress.com: Percuma untuk plan asas, upgrade dari usd20.00

WordPress.org: Serendah rm40 di klbytes.com

Kos domain:

WordPress.com: usd5 jika anda membeli melalui wordpress.com, usd 13 untuk mapping domain yang anda beli dari tempat lain

WordPress.org: Boleh beli melalui mana-mana penjual domain seperti klbytes.com dan lain-lain dari serendah rm45

Kemaskini:

WordPress.com: Automatik

WordPress.org: Ada yang Automatik, ada yang Manual, bergantung pada setting masing-masing.

Had:

WordPress.com: Tak boleh install plugin, tak boleh install/upload theme sendiri, hanya boleh install/beli themes yang disediakan di wordpress.com

WordPress.org: Ada had ke? macam tak ada had je… hehehehe, anda boleh install plugin dan themes dari wordpress.org atau yang anda beli atau download dari mana-mana sahaja.

Jadi itulah perbezaan ketara antara wordpress.com dan wordpress.org. akan datang saya akan kongsikan perbezaan dashboard wordpress.com dan wordpress yang di install di webhosting.

 

Hasil carian :

(Visited 78 times, 4,593,162)

4 thoughts on “Beza WordPress.com dan WordPress.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge