Apa beza antara blogspot dengan wordpress?

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog alongxp.com, masih ramai lagi rupanya yang tak tahu apa beza antara blogspot dengan wordpress.

Ada blogger yang dah mula tertarik dengan wordpress, tapi takut sangat nak berhijrah kepada wordpress, sebab boleh dikatakan besar juga lah perbezaan antara 2 platform blogging ni.

beza antara blogspot dengan wordpress

Tapi pada saya, kalau korang boleh belajar menggunakan blogspot, kenapa tak boleh belajar menggunakan wordpress? berhenti dari duduk goyang kaki di zon selesa, berhijrah lah, mungkin ada hikmah yang lebih baik.

Tapi ada jugak orang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging yang tanya saya apa beza antara blogspot dengan wordpress bila saya tanya dia, dia nak guna blogspot atau wordpress untuk blogging?

Ada juga client yang mintak saya buatkan blog yang tanya apa beza antara 2 platform blogging ni.

Apa beza antara blogspot dengan wordpress?

ok, ini adalah sebahagian penerangan kelebihan dan kelemahan antara blogspot dan wordpress yang saya ambil dari keluargahebat.com

Ada beberapa perkara yang WordPress ada tapi tidak blogspot. Antaranya;
1) WordPress mempunyai ‘Tags’ yang mana membantu Search Engine dengan mudah mencari website kita
2) WordPress lebih mudah ranking di Google
3) WordPress tidak bergantung dengan Google seperti blogspot. Blosgpot ni kira platform yang Google sediakan percuma buat blogger-blogger di luar sana.
4) Worpress lebih SEO Firendly
5) WordPress mempunyai plugins yang banyak dan membantu SEO sesuatu blog
6) Hosting WordPress digunakan sebanyak 1% oleh pengguna online di luar sana berbanding platform yang lain. Platform lain macam blogspot, Facebook , Twitter dan lain-lain
Manakala antara kelebihan blogspot pula;
1) Platform percuma untuk membuat blog sendiri.
2) Sangat sesuai buat blogger baru
3) Mungkin kerana ianya percuma, maka tutorial tentang blogspot memang banyak di dunia online
Kelemahan WordPress;
1) Tidak sama langsung dengan Blogspot. So, siapa-siapa yang berhijrah ke WordPress macam saya kena banyak belajar tentang WordPress ( Saya ikut kelas WordPress Essential anjuran denaihati.com untuk belajar pasal WordPress ni 🙂 )
2) Plugins memang banyak. Tapi plugins yang best-best, memang berbayar. So, memang tiada yang free macam blogspot 🙂
Kelemahan Blogspot
1) Tidak mudah untuk ranking di Google. Tapi kalau rajin, memang boleh ja
2) Kurang SEO FRIENDLY banding WordPress
3) Sapa-sapa ada account blogspot ni dianggap menumpang ‘rumah’ Blogspot. So, kalau dorang tiba-tiba mahu kita keluar, suka-suka hati doranglah mau buat macamna
4) Tidak boleh pasang skrip affiliate dengan kata mudah, susah sikitlah mau beriklan banding WordPress
ingin saya tekankan kat sini, wordpress yang dimaksudkan dalam ni adalah self-hosted wordpress, bukan wordpress.com.
beza antara self-hosted wordpress dengan wordpress.com boleh dibaca disini >> beza wordpress.org dan wordpress.com.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,574 times, 4,598,611)
Perumpamaan paling senang sekali nak faham beza antara blogspot dengan wordpress ni adalah ibarat.
blogspot = anda buat rumah di atas tanah seseorang tanpa bayar apa-apa kepada tuan tanah
wordress = anda beli tanah, bayar cukai tanah setiap tahun, buat rumah atas tanah tersebut
jadi, bila anda menumpang ditanah orang, bila-bila masa je anda boleh disuruh keluar atas sebab apa pun yang mereka boleh buat sebab tu tanah dia, bukan tanah anda.

Hasil carian :

(Visited 72 times, 4,598,611)

6 thoughts on “Apa beza antara blogspot dengan wordpress?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge