Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, yes… Itulah ungkapannya.

Ungkapan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian terlintas dalam fikiran bila tengok trafik blog ni yang konsisten walaupun agak rendah. Lebih baik daripada tak ada kan?

Itulah hasil yang dicapai bila saya bersusah payah, tulis entri yang panjang, penuh dengan keyword, penyusunan ayat dengan ejaan yang betul, beli kitab seo pink, blogwalking, berkawan dengan Blogger lain dan bermacam lagi usaha lain.

Saya banyak menghabiskan masa dan tenaga saya sebelum ini di blog ini sebelum ni. Menghadap mencari ilmu seo dan membuat connection serta networking dengan rakan Blogger yang lain.

Tak lupa juga buat blogwalking ke beribu blog, tak kira blog blogger otai, mahupun blogger newbie macam saya juga.

Hasilnya, walaupun sibuk macam mana pun, tetap ada pelawat yang baca blog ni, hasil dari carian mereka di enjin carian seperti google, yahoo, bing dan lain-lain.

Dek kerana pengalaman itu, saya teringat tentang susahnya saya nak berjaya dalam bestmobile ni. Tapi bila ingat blog ni, saya jadi tak putus asa untuk terus berusaha.

Secara jujurnya, blog ni dah berumur lebih 6 tahun. Dari blog yang sangat peribadi, berkonsepkan seperti jurnal, kepada perkongsian ilmu teknologi maklumat yang saya tahu dan saya baru belajar.

Tapi saya mula aktif dan rebranding blog ni kepada alongxp.com sejak 4 atau 5 tahun dulu, sejak itu, saya berusaha keras untuk enjin carian mengenali dan menjadikan blog ini mesra dengan search engine.

Masa, tenaga dan wang dah banyak dah saya habiskan untuk blog ni. Jadi, kenapa saya tak implimentasikan perkara ini dalam bestmobile kan?

Gagal itu pasti, berjaya itu rezeki.

Itulah ungkapan yang sesuai, jangan takut untuk gagal, kerana kegagalan akan buat kita belajar untuk jadi lebih baik.

Saya lebih risau benda yang pada awal-awal menjadi terlalu bagus. Kerana gagal selepas berjaya lebih menyakitkan. Saya lebih gembira bila kerap gagal, dan perlahan-lahan saya berjaya.

Ok, dah blur nak tulis ape.

sekian terima kasih.

Hasil carian :

(Visited 189 times, 4,598,892)

7 thoughts on “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge