Belajar memandu

Semalam saya blogwalking lagi, dan bila blogwalking tu, saya baca entri yang menarik minat saya untuk tulis entri ni, entri yang bertajuk belajar memandu di blog vandergood(nak sebut pon tak tau macam mana ni).

Dia cerita dalam tu yang kawan dia sudi ajar dia memandu. Dia cakap umur dah dekat dewasa baru pegang stering, kawan-kawan lain umur belasan tahun dah pandai Tokyo Drift. Saya yakin kawan-kawan dia mesti ramai kat tokyo. hehehehe….

Oklah, kat sini saya nak cerita pengalaman saya masa awal-awal saya nak ambik lesen, masa baru-baru ada lesen, masa mak saya nak ambil lesen dan cerita berkaitan dengan lesen.

Wajib tengok yang ni:

Banyakkan blue dalam hidup anda

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

Bukti rakyat Malaysia suka blue

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,533 times, 4,591,164)

Ok, saya start masuk kelas sekolah memandu, lebih kurang 13 tahun yang lalu, masa baru lepas habis spm, terus ayah saya belanja downpayment nak ambil lesen, cukup-cukup untuk dapatkan lesen L bagi motorsikal, supaya saya boleh pergi kerja kilang masa tu naik motor tanpa menyalahi undang-undang.

Antara yang saya ingat masa tu, saya kena masuk kelas teori yang berjam-jam lamanya, rehat kejap hisap rokok, tapi masa tu saya tak boleh nak join diorang hisap rokok sebab ayah saya kerja di Akademi memandu tu dan ayah saya tak tahu saya hisap rokok. hehehehehe.

Selesai satu hari kelas teori, esoknya atau minggu depannya saya tak ingat, rasanya terus ke peperiksaan / ujian undang-undang. Masa tu belum guna komputer lagi, pakai kertas je, tanda abcd. Saya lulus dengan bangganya.

Bila dah lulus exam undang-undang sekolah memandu, bermulalah belajar praktikal motosikal dan kereta, sebab saya ambil kedua-dua lesen sekali. Mula-mula sekali saya belajar memandu kereta. Sebelum pergi kelas dulu, bapak saya dah pesan, jangan dedahkan identiti sebenar saya kecuali kalau orang dah tanya. Saya ok je.

Bermula pelajaran memandu, cikgu tu bawa saya pergi isi minyak, lepastu dia beli air, barulah mula pelajaran pertama belajar memandu.

Mula-mula sekali dia bawa saya ke dalam ‘gelanggang’, tapi benda pertama dia ajar adalah pasal nak periksa minyak hitam, periksa air, macam mana nak tukar tayar, bukan teori je, kena cabut dan pasang tayar di tengah tempat latihan memandu tu, waktu tengahari tegak.

belajar memandu

Gambar dari ohpemandu, saya tak pasti, tapi corak di kereta tu macam corak akademi memandu yang saya belajar dulu je

Lepastu baru dia ajar memandu, macam biasalah, perkara pertama orang baru belajar bawak kereta tentulah kena belajar pasal 5 perkara tu, tali pinggang, side mirror, pastikan gear free, entah apa entah lagi.

Bila dah bergerak, benda mula-mula sekali dia ajar adalah cara brek emergency. Haaa… pelik kan? Saya yakin tak semua orang ada pengalaman benda ni masa belajar memandu dulu kan? haha…

Ok, skip pada part paling best, masa kat bukit, kan kita kena berhentikan tayar depan atas garisan kuning kan? Lepas tu kita kena sebut nama kita kan? So saya pon sebutla nama saya… tapi tak sebut bin bapak saya. Cikgu yang mengajar tu tanya bin? saya pon sebut la nama bapak saya… “Oooo… shabudin… eh… shabudin? shabudin yang ajar motor tu bapak kau ke?” saya pon jawab “ye”. OOooo… pandai ko sembunyikan identiti ko ye? selesai kelas pertama, saya jalan dengan dia, lepastu jumpa sorang lagi guru mengajar memandu cikgu tadi tanya kat cikgu lagi sorang “cik jam” nama dia.

ambil lesen bukit

Sumber gambar dari blog nadeafu

Cikgu Isa: “ko kenal dia ni sape?” sambil tunjuk ke arah saya

Cik Jam: “Kenal… ko tau? dia ni bawak moto bapak dia, helmet letak dalam bakul”

terus saya lari. Hahahahaha….

Lepas tu tak ada apa yang menarik sangat-sangat dah, biasa je… macam orang lain jugak lah…

Lepas setahun agaknya, mak saya pulak ambil lesen, lepas dia lulus undang-undang, ayah saya minta saya ajar mak saya masuk gear 1,gerak sikit ke depan, gerak ke belakang sikit. Kasi confident sikit. Oklah… ayah dah suruh tu, buat ajelah.

Masuk kereta, suruh dia buat lima perkara, lepastu start kereta, kemain mengerang lagi bunyi enjin… tengok kaki dia kat pedal minyak, “kaki jangan tekan minyak, letak kat lantai” kata saya. Dia pon letak lah kat lantai, tekan klac, masuk gear, angkat klac perlahan-lahan… berjaya!!! lepas angkat klac tu, kawan dia lalu, selisih dengan dia sambil senyum die pon toleh sambil senyum tiba-tiba kereta tu yang kami naik tu laju dan pom… melanggar bucu dinding.

kemalangan kancil terbalik Gambar kancil kemalangan ni hanyalah hiasan semata-mata, tiada kena mengena dengan cerita kemalangan saya ni… ianya adalah hasil carian google.

Malangnya masa tu saya tak pakai tali pinggang keledar pulak tu, tapi nasib baik masa dah dekat nak langgar bucu dinding tu, saya tarik hand break sekuat hati, dengan kaki yang menolak ke lantai… jadi saya tak tercampak ke depan. Tapi kesannya… lepas dari tu, saya agak trauma nak naik kereta yang dipandu perempuan…

domain murah

(Visited 140,841 times, 4,591,164)

Masa awal-awal lepas kemalangan tu, bila naik kereta yang dipandu perempuan, muka saya akan pucat. hehehehe

Tapi sekarang dah kurang sikit trauma tu, tapi jika diberi pilihan, saya lebih rela memandu sendiri dari dipandu perempuan, kecuali kalau isteri saya yang memandu, takut macam mana pon,saya selalu paksa dia yang drive… hehehehe

Belajar memandu dengan cepat

 

Hasil carian :

(Visited 745 times, 4,591,164)

13 thoughts on “Belajar memandu

    • Sampai rosak? Buat drift ke? Hehe Saya pon pnh nyaris eksiden ms blajar memandu tu… Tp langgar tiang masa nk klua parking jela… Hahaha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge