Baru buat blog, nak tulis cerita apa pula?

Baru buat blog, nak tulis cerita apa pula?

Rentetan dari entri sebelum ni iaitu idea bahan untuk blogger baru , kali ni saya nak share idea untuk entri ke 3 bagi blogger yang baru buat blog.

Sebenarnya tak kisah pon anda yang baru buat blog ke dah lama buat blog ke, baru ada 2 entri atau dah ada 2 ribu entri sekali pon, tak kisah sebenarnya.

baru buat blog

Sesiapa pon boleh gunakan idea ni. Ini sekadar cadangan je, kalau ada idea lain pon boleh guna. Saya cuma beri cadangan yang mungkin boleh membantu.

nak tulis apa?

Itulah soalan yang isteri saya tanya macam yang saya cerita dalam entri sebelum ni iaitu permulaan dalam dunia blogger. Kadang-kadang kita ada idea sebenarnya, cuma kita tak tahu sama ada cerita tu sesuai ke untuk dipaparkan kepada umum, macam mana nak cerita.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,566 times, 4,597,340)

Ok, untuk entri ke 3 atau yang seterusnya ni, saya cadangkan anda cerita pasal pekerjaan anda sehari-hari.

Anda mungkin rasa kerja anda membosankan, hari-hari buat benda yang sama, tapi percayalah, orang lain melihat kerja anda dari sudut berbeza. Jadi anda patut menceritakannya.

Macam kerja saya sebagai juruteknik komputer, orang tengok saya selesaikan masalah macam senang je, sampai orang kata saya tak ada kerja.

Padahal, mereka tak tahu macam mana susahnya saya nak membuatkan sesuatu tu jadi senang.

Bukan senang nak senang.

Bukan susah nak susah.

Macam tulah kerja saya. Macam tips IT yang saya selalu kongsikan selama ni di blog saya, langkah yang saya buat tu pada saya dah cukup detail dah untuk membantu orang yang buta IT pon boleh buat.

Tapi itupun orang tak boleh nak ikut. Jadi kongsikan, mungkin ada sesuatu yang anda sendiri boleh belajar dari penulisan tentang kerja anda.

Kalau anda suri rumah sepenuh masa sekali pun, ceritakan jelah. Sesungguhnya kerja sebagai surirumah tu berat. Banyak kerja sebenarnya.

Buat macam diari, ceritakan, apa yang anda buat dari anda bangun tidur pagi, sampai waktu anda betul-betul dapat tidur walaupun dah pukul 4 pagi baru anda betul-betul dapat tidur.

Contoh cerita seorang suri rumah:

tulis cerita apa - suri rumah

Seperti biasa, pukul 5.30 pagi, saya bangun tidur, benda pertama saya buat adalah berus gigi.

Lepas tu terus buatkan air minuman, sebab encik abang ni bila-bila dia boleh bangun, dan bila dia bangun dia mesti nak minum dulu sebelum dia masuk ke jamban. Itu rutin harian dia.

Bila air minuman dah siap, saya ambil wuduk dan solat subuh. Terus keluarkan baju kerja yang bakal encik suami pakai.

 Sarapan buat ala kadar je sebab kadang saya sorang je makan, anak saya baru sorang, umur pon baru 2 tahun lebih, spesis macam bapak dia, jenis tidur lambat. Bezanya bapak dia tidur lambat bangun cepat sebab nak kena pergi kerja. Dia ni pulak, tidur lambat bangun pun lambat.

Makan tengahari pun tak buat banyak, sebab saya dengan anak saya je, suami jarang balik tengahari, tak cukup masa katanya. Kadang dia tak rehat pon. Gila buat kerja dia tu.

Ok, tu kalau cerita seorang suri rumah, tak perlu pun nak cerita pakai baju apa, seksi ke tidak, tak perlu pun nak cerita yang terlalu peribadi pun boleh.

Macam entri sekarang ni pon,sampai ke sini pon, dah lebih 500 patah perkataan, taklah susah mana pun kalau dah tahu skill tulis blog walaupun anda baru buat blog.

Anda baru buat blog, jadi macam saya cakap sebelum ni, tulis je, jangan fikir nak bahasakan diri sebagai apa, jangan risau pasal ejaan lagi, jangan risau panjang ke pendek entri anda.

Anda baru buat blog, jangan berhenti sedangkan anda belum bermula.

domain murah

(Visited 140,867 times, 4,597,340)

Hasil carian :

(Visited 80 times, 4,597,340)

23 thoughts on “Baru buat blog, nak tulis cerita apa pula?

    • tu dia… kata-kata semangat dari sang sifu… bagus, harap2 bagi mereka yang baru melangkah ke dunia blogging, mendapat manfaatnye…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge