Backup nombor telefon

Backup nombor telefon

Ok, semalam saya dah kongsikan cara nak mengelakkan contact di handphone hilang, ingat nak sekalikan cara nak backup nombor telefon ni sekali, tapi entri tu dah panjang sangat, jadi saya buat satu entri lain.

Entri ni cara macam mana pengguna telefon pintar android nak backup nombor telefon yang dah sedia ada dalam telefon tu tanpa perlu menyalin atas kertas yang mungkin mengambil masa berjam-jam.

backup nombor telefon

Caranya tak la susah sangat pun sebenarnya, tapi agak mengelirukan sikit la kot.

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,574 times, 4,598,614)

Ok, kita mulakan langkah untuk backup nombor telefon. Macam saya nyatakan sebelum ni, saya guna huawei honor 4x, jadi contoh yang saya nak tunjuk ni berdasarkan huawei honor 4x.

Langkah 1: Buka menu contact atau phonebook dan tekan menu. Paparan seperti ini akan terpapar, tekan Import/ Export

backup nombor telefon langkah 1

Langkah 2: Pilih Export to storage. maksudnya: kita akan eksport semua senarai nombor telefon contact kita ke dalam satu fail dan disimpan di dalam ruang storan telefon atau storan Kad SD.

langkah 2 backup nombor telefonLangkah 3: Pilih dari mana yang kita nak backup, contohnya macam saya ada 2 simkad, jadi saya pilih untuk backup nombor-nombor telefon yang saya pernah simpan dalam kedua-dua simkad DAN nombor yang saya dah simpan dalam telefon.

Jadi saya pilih Card 1, Card 2 dan phone seperti yang ditunjukkan di bawah.

step 3 backup contactkemudian tekan OK.

Anda akan nampak di bahagian notification kat atas tu, satu notication bagitahu contact telah diekspot ke dalam satu fail. Ingat nama fail tu OK?

Langkah 4: Pilih akaun google. Kalau anda jenis banyak akaun email google macam saya, pilih satu je dahulu, nanti ulang balik dan backup ke dalam akaun google yang lain.

langkah 4 import masuk akaun google

Langkah 5: Lepas anda pilih akaun google mana yang anda nak masukkan nombor telefon tadi, paparan macam ni akan terpapar lepas beberapa saat dia cari fail contact/vCard anda.

step 5 backup nomborTekan OK.

Paparan seterusnya akan menunjukkan proses import masuk ke dalam akaun google telah selesai, maka anda telah berjaya backup nombor telefon yang ada dalam telefon anda ke dalam akaun online.

Lepas beberapa minit buat benda di atas ni, korang boleh login ke gmail korang dan semak sama ada proses backup nombor telefon yang korang buat tadi berjaya atau tidak.

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,598,614)

Caranya, login ke akaun gmail korang di gmail.com

kemudian, korang nampak ruangan yang macam ni kan?

gmail

klik segitiga putih yang menghala ke bawah tu dan ianya akan jadi macam ni, pilih dan tekan contacts.

google contact

Maka anda akan dibawa ke satu laman lain yang akan menunjukkan simpanan contact yang korang simpan di akaun google.

contact online

Atau korang boleh terus taip contacts.google.com,

ada banyak kan? ye, anda dah berjaya backup nombor telefon anda di akaun google. Jadi, lepas ni, tak payah nak risau dah kalau telefon terpaksa format ke hilang ke, nombor telefon semua dah ada backup.

Next time, simpan nombor telefon macam yang saya tunjukkan dalam entri mengelakkan contact di handphone hilang ye?

Selamat mencuba.

Kalau ada soalan, tujukan soalan anda di ruangan komen di bawah dan pastikan anda menggunakan alamat email yang betul dan yang kerap anda buka.

Kerana saya akan membalas soalan anda disini dan menerusi email(jika perlu)

Terima kasih

Hasil carian :

(Visited 649 times, 4,598,614)

2 thoughts on “Backup nombor telefon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge