Azam tahun 2016

Azam tahun 2016 saya tahun ni, sangat berbeza dengan sebelum-sebelum ni dan mungkin pelik sikit bunyinya.

tahun 2016
Tahun 2016 ni, saya nak slow sikit, mungkin kurang kerap update blog, walaupun sebelum ni pun dah memang jarang update, tapi tahun 2016 ni mungkin akan semakin berkurangan.
Saya rasa saya mungkin penat. Saya dah kehilangan masa lapang, dah lama sangat istilah masa lapang tak ada dalam diri saya.
Mungkin saya perlukan masa lapang, merenung kembali masa lampau dan segala kesilapan saya dan rancang apa yang saya boleh buat untuk perbaiki segala kesilapan saya sepanjang masa yang lalu.
Tahun 2015, banyak gila dugaan yang mendatang. Sangat bijak, sampaikan niat nak ambil tali, jerut kat leher dan gantung diri kat kipas, tiang bendera, luar koridor, terlalu kerap terlintas dalam kepala otak saya ni.
Tapi 2 perkara yang buat niat saya tu terbatal, keluarga dan pastinya agama.
Kalau tak kerana tu, mungkin nama alongxp, jadi arwah alongxp agaknya.
Tekanan sepanjang 2015 mungkin menjadikan otak saya terbeban dan seterusnya menjadikan masalah pelupa saya makin bertambah.
Tahap pelupa saya makin menjadi-jadi, dah macam orang umur 50 an, jadi, saya fikir, kalau memori saya dah sampai ke tahap macam tu, mungkin saya perlu bertindak pun macam orang yang dah berumur 50 an.
Buat secara perlahan, teliti, dan jangan gopoh, fokus dan siapkan sesuatu projek satu persatu, mungkin akan semakin kurang beban yang diberi kepada otak.
Maksudnya, tetapkan due date walaupun projek tu tak ada due date pon sebenarnya, fokus dan siapkan sebelum sampai due date.

Habis projek tu, fokus pada projek seterusnya, siapkan dulu, baru ke projek seterusnya.
Mungkin, oraganize adalah kata kunci yang perlu saya fokuskan pada tahun 2016.
Mungkin 2016 adalah tahun perubahan drastik saya yang pertama.
Cuba jelah, gagal tu pasti, berjaya tu rezeki kan?
Yang penting, ada usaha.
Sambil saya tengah taip entri ni, saya tengok senarai post yang ada kat blog saya ni sambil saya tengok movie school of rock dan saya mula rasa yang blog saya membosankan.
Dan saya nak cuba ubah isi kandungan blog saya ni untuk sepanjang 2016.
mungkin.
Jadi, kita tengok la macam mana tahun 2016 ni kan?
Selamat melangkah ke tahun 2016 wahai pembaca blog alongxp.com

Hasil carian :

(Visited 121 times, 4,598,893)

3 thoughts on “Azam tahun 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge