Aplikasi wajib ada dalam telefon saya

Ramai orang share aplikasi wajib android la aplikasi wajib dalam iphone la… suka-suka hati je kata wajib. Abis tu kalau diorang tak install? Dosa ke? Hehehe… gurau je…

Apa pon,saya nak kongsikan la jugak aplikasi wajib saya install kat telefon saya.

whatsapp

1. Whatsapp – benda pertama kena install ni, mak saya yg umur 50 contact sy guna whatsapp, mak mertua sy yg dh dkat umo 60 guna whasapp, kwn2 semua ada whatsapp. Jadi tu medium contact yang utama. Even bila ada orang emel saya untuk saya buat review produk mereka, saya akan mintak nombor telefon mereka yang boleh saya whatsapp, sbb dengan whatsapp jauh lebih jimat.

bank

2. Aplikasi perbankan – maybank2u, cimbclicks dan sebagainya. Nak check baki akaun berapa sen, duit side income dah masuk ke belum, bayar hutang-hutang- hutang-hutang- hutang-hutang- hutang-hutang yang tak habis-habis dan macam-macam lagi.

speedtest-android

3.speedtest.net – nak check speedtest internet, bila buat report, bila internet slow/tak stabil / putus-putus, guna speedtest.net paling snang nak bukak, kalau browser nak kena tunggu page speedtest tu bukak lagi, nak buat speedtest lagi.

wordpress android

4. WordPress – senang nk approve n reply komen. Senang nak draft entri. Bila free boleh check jumlah trafik.

juicessh

5. Juice ssh – blig saya guna vps yang saya manage sendiri. Oleh kerana saya agak sibuk dan sentiasa membuatkan diri saya sibuk. Saya selalu terlupa nak menghadap pc/ laptop utk mengemas server saya, jadi saya perlukan satu aplikasi dimana saya boleh remote server saya. Kalau saya check trafik guna aplikasi wordpress, tengok trafik jatuh berdebuk je, saya akan check kot2 blog saya down.

tiny flashlight

6. Tiny flashlight+LED – aplikasi untuk buat flash kamera handphone menjadi lampu suluh.

dropbox android

7. Dropbox – yang ni memang sangat-sangat perlu… kalau tak, memang susah woo… kalau dah ada dropbox ni, dah tak perlu risau tak sempat backup fail, gambar ape semua, terutama sekali gambar, moment cuma datang sekali je, kalau hilang, hilanglah moment tu, so kalau ada dropbox, snap je gambar, automatik dia upload ke cloud. apa itu dropbox? klik sini

Android-Twitter

8. Twitter –  ya… saya pengguna twitter yang agak tegar, terutama sekali bila saya pakai blackberry, bila tangan ni tak letak kat keyboard, atau kat stering, mesti dok menaip ke twitter.

teamviewer android

9. Teamviewer for Remote Control – ok, teamviewer adalah satu program / software / perisian / aplikasi untuk mengawal komputer dari jauh, contohnya saya nak balik kampung, tapi fail yang saya download tak siap lagi, nak ditutup secara paksa sayang, download dah 80%, failnya pulak 2gb, kang nak start balik dari mula memang berjanggut la. Jadi saya biarkan je pc tu download, saya balik kampung, sampai kat RnR mana-mana yang saya berhenti, saya guna teamviewer ni, remote pc saya tu, kalau dah siap, saya shutdown pc saya tu.

mysolat-waktu solat malaysia

10. Mysolat –  last but not least kata omputeh, aplikasi wajib ada dalam telefon saya, aplikasi mysolat ni dah pastinya menunjukkan waktu solat, kat mana-mana yang saya pergi, boleh tengok waktu solat hari ini, esok, lusa, tulat, sebulan, takde masalah. ada kompas kiblat, boleh cari masjid / surau terdekat. satu aplikasi yang berbaloi.

aplikasi wajib

Kat sini saya senaraikan 10 aplikasi wajib ada dalam telefon saya, tapi tak lah bermakna itu je yang saya install, banyak lagi, sampai tak cukup ruang, cuma kat sini saya cuma nak berkongsi aplikasi yang mesti saya install dulu bila saya lepas format telefon saya tu. Antara aplikasi lain yang saya ada jugak install

Wajib tengok yang ni:

Banyakkan blue dalam hidup anda

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

Bukti rakyat Malaysia suka blue

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,540 times, 4,593,163)
  • Facebook
  • soundhound
  • instagram
  • adobe reader
  • google chrome
  • Chess live
  • MangaSearcher
  • Google Translate
  • Pages Manager
  • Morse CT
  • Photo Grid
  • iQuran Lite
  • Pool Live Tour
  • Blogger
  • 8share
  • WPS Office
  • Alarm Clock Free
  • Waze
  • Autodesk Sketchbook

Hasil carian :

(Visited 755 times, 4,593,163)

5 thoughts on “Aplikasi wajib ada dalam telefon saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge