Apa khabar mr.diy? [Kongsikan]

Assalamualaikum dan apa khabar para pembaca alongxp.com? Kenapa tajuk hari ni apa khabar mr.diy? Sebenarnya topik utama adalah pasal ketidak puasan hati saya terhadap… mungkin sikap staf mr.diy giant banting.
Saya ambil masa beberapa hari juga nak fikir tajuk yang tak biadap untuk perkara yang saya anggap biadap. Pada saya, menghalau pelanggan tu biadap. Makin panas?
Dan masa perkara yang terjadi di mr.diy giant banting tu bermain dalam kepala saya, saya tengok iklan celcom di tv, dengan muzik latarnya adalah lagu apa khabar-joe flizzow ft sonaOne, kelihatan staff celcom dah tutup lampu, tiba-tiba ada pelanggan masuk, staff celcom buka balik lampu kedai celcom tu.

apa khabar celcom
“Wah…. baiknya staf celcom tu…”kata penonton yang menonton iklan tu.. mungkin itulah yang pembuat iklan celcom tu harapkan dari penonton, hakikatnya? “Eleh… Jangan harap… Customer ada lagi dalam tu pun diorang dah tutup lampu” mungkin itulah yang ORANG KATA.

mr diy tutup lampu
Well… saya tak tahulah kalau celcom, tapi kalau kat mr.diy giant banting, memang itulah yang terjadi.
Papan tanda menunjukkan waktu perniagaan tak ada(saya dah pastikan masa beratur nak bayar, masa bayar, masa nak keluar dan masa di luar), tak tahu waktu sebenar mr.diy giant banting tutup pukul berapa, saya masuk lebih kurang pukul 9.30-9.35 malam. Objektif saya masa tu nak cari beberapa spanar dan set allen key.

Apa khabar mr.diy?

apa khabar

Ok, so apa kaitan lagu apa khabar yang menjadi lagu latar video celcom dengan mr.diy yang membuatkan saya tulis entri bertajuk apa khabar mr.diy?

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,587 times, 4,600,289)

Kaitannya adalah mengenai tutup lampu, bukak lampu balik bila pelanggan datang. Itu tak terjadi kat mr.diy giant banting.
Masa saya tengah cari saiz spanar yang saya hajati, tiba-tiba beberapa lampu (sebenarnya sepanjang lorong barang) ditutup, hanya tinggalkan dihujung lorong, supaya pelanggan jumpa jalan nak keluar.

mr diy tutup lampu
Dan kedengaran seorang pelanggan lelaki dewasa kata kepada anak dia “dia halau kita dik”. Saya dah mula panas hati dah masa tu, pencarian spanar yang saya hati menjadi semakin sukar padahal jam baru menunjukkan pukul 9.45 malam.
Dah lah ada beberapa barang yang saya berkenan, tapi tak ada tanda harga, mereka main tutup lampu pula.

kenapa mr diy tutup lampu
Pencarian menjadi semakin sukar bila lampu ditutup dan kepala otak saya dah beralih kepada risaukan anak saya yang takut bila lampu ditutup tanpa pengetahuan dia.
Dan benda tu memang terjadi bila anak saya berlari ke arah saya sambil cakap “lampu tutup, lampu tutup
Saya masih bersabar, masa saya tengah berjalan kehujung lorong, saya berselisih dengan sorang staf mr.diy giant banting, sambil selisih dia cakap dengan nada yang macam orang dah nak pengsan “dah nak tutup bang”.
Saya buat tak dengar je, sebab saya tak tahu dia cakap dengan siapa, beberapa ketika, staff yang sama, berdiri je sebelah saya, sambil tengok barang yang saya tengok.

Tak ada pun cakap kedai dah nak tutup, walaupun kepala saya botak macam castello, janggut macam gitaris system of a down, kening saya berkerut masa tu, kalau mereka dengan beradab, menghadap ke arah saya, sambil cakap “minta maaf encik, kami akan tutup 10 minit lagi” tanpa perlu menutup lampu, saya ok je.
Tapi tak ada papan tanda menunjukkan waktu perniagaan, tak ada pengumuman kedai akan ditutup, 9.45 dah tutup kebanyakkan lampu, cakap pun tak pandang orang. Memang mengundang review negatif di blog saya ni.
Saya tak kisah pasal barangan mr.diy yang tak berkualiti sebab harga memang murah, tapi dengan perangai macam tu… hmmm…
Kalau adanya mak mertua saya, kalau dia tak puas hati, kalau dia kata, bungkus perniagaan orang tu, memang menjadi. Nasib baiklah beliau tak ada hahahahaha.
Apa? mr.diy banyak branch? Susah nak bungkus? Susah tak semestinya mustahil kan? Kalau kat satu branch ada sorang blogger bagi bad review pasal mr.diy, lepas tu ramai pulak orang share, tak mustahil rasanya kan? Sedangkan perniagaan gergasi yang dah 23 tahun bertapak kukuh dengan adanya banyak pelanggan korporat pun boleh bungkus…
Kuasa internet tak ada batasan, ia mampu memberi kebaikan dan memberi keburukan.
Sesungguhnya mr.diy giant banting dah kerugian beberapa ringgit hasil jualan dari saya seorang, mungkin termasuk dengan brother yang cakap kat anak dia “dia halau kita dik” malam tu.
Itu malam tu je, malam-malam lain?

domain murah

(Visited 140,883 times, 4,600,289)

Kepada peniaga lain, jangan amalkan sikap macam ni, dan pesan kat kakitangan dan pekerja anda, jangan kemaruk sangat nak balik sampai halau pelanggan, pelanggan yang bayar gaji mereka, tanpa pelanggan, perniagaan tak berjalan, bila perniagaan tak berjalan, siapa yang nak bagi gaji kepada mereka?
Dan para peniaga, jagalah hubungan dengan orang lain, kita tak tahu dengan siapa kita berhubung, mungkin yang kita cari pasal tu adalah pelanggan yang bakal melonjakkan atau menghancurkan perniagaan kita.
Meh kita layan dulu video apa khabar dari celcom ni.

P/s: celcom tak ada sponsor pun untuk saya tulis review negatif ni

UPDATE: menjawab komen bhrain di bawah:

Saya pun pernah kerja yg lebih kurang sama mcm tu, penat mmg la penat, keje ape yg tak penat kan? kerja tidur je pon penat, tapi dah namanya kerja… dan tiap-tiap hari kiitorang kena kemas macam esok dah tak meniaga lagi dah, tapi kami tak la tutup lampu, walaupun pelanggan dah tak ada dalam premis, tapi selagi belum habis watu perniagaan, kami tak tutup lampu.

Kalau dah sampai waktu perniagaan tamat, ada lagi pelanggan dalam tu pun kami tak tutup lampu, kami cuma tutup separuh pintu dan standby kalau pelanggan yang ada tu nak keluar, bila semua dah keluar, baru kami tutup lampu dah kemas kaw-kaw.

Hasil carian :

(Visited 612 times, 4,600,289)

6 thoughts on “Apa khabar mr.diy? [Kongsikan]

  1. Pernah juga hadapi perkara macam ni tapi tempat lain la along,kita tengah pilih barang tiba tiba dia tutup nya lampu,kt situ juga saya letak barang yang saya dah ambil nak beli saya cancel kan dan keluar,.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge