Apa itu advertorial ?

Siapa yang friend dengan saya kat fb akan perasan yang kebelakangan ni saya ada update status berkaitan dengan advertorial. Ada jugak yang tanya apa itu advertorial. Ok, sekarang saya nak cerita ape kebendanya advertorial tu? adakah ianya sejenis buah macam epal? adakah ianya sejenis tangkal pendiding diri yang membolehkan kita jadi kebal? adakah ianya satu jenama mi segera yang baru? adakah ianya model kereta terbaru? atau mungkin ianya satu teknologi komputer baru?

Ok, advertorial sebenarnya adalah gabungan perkataan advertisment (iklan) dan editorial. Maksud editorial pulak, kalau mengikut google translate adalah seperti dibawah.

maksud editorial

dan kalau mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pulak adalah seperti dibawah

makna editorialsenang cerita maksud editorial ni penulisan mengikut pandangan penulis / editor lah…. kot… hahahaha. maknanya, bila digabungkan perkataan advertisment dan editorial, yang menghasilkan perkataan advertorial bermaksud pengiklanan yang mengikut pandangan / ulasan penulis. kalau advertorial di blog, maknanya pengiklanan berdasarkan ulasan bogger sendiri.

Mengikut wikipedia, yang merujuk kepada meriam-webster, kali pertama istilah advertorial digunakan adalah pada tahun 1946. Tak pernah tengok advertorial? sebenarnya korang pernah tengok, kat surat khabar, kat majalah, kat blog, kat mana-mana hasil penulisan lah senang cerita. cuma mungkin korang tak perasan sebab gaya penulisan yang tak macam iklan-iklan kat tv atau kat radio.

advertorial

Ape pentingnya advertorial? kepentingan advertorial adalah sebagai salah satu cara pemasaran, peromosi bagi produk atau perkhidmatan yang kita sediakan. Dan apa kelebihan advertorial di blog? Zaman sekarang, zaman IT, makcik-makcik yang umo 50 an pun kalau nak cari kedai makan dekat dengan tempat tinggal dia pon dia tanya pakcik google. Isteri saya yang asalnya bukan orang IT pon selalu cari maklumat melalui internet sebab internet adalah satu medium yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja, bila-bila masa, dimana sahaja tak kira umur.

Kalau sebelum ni pelanggan anda adalah antara friend anda di facebook, atau friend kepada friend anda yang dipanggil mutual friend sahaja. Tapi bila anda upah blogger seperti saya, perniagaan ,produk atau perkhidmatan anda akan dilihat oleh friend saya, mutual friend saya, follower tumblr saya, friend linkedin saya, follower twitter saya, connection di google plus saya dan banyak tempat lagi.

Seterusnya, akan dilihat oleh orang ramai yang melawat blog ni, blogger, peniaga pasar malam, tukang urut, ustaz-ustaz, penyanyi dangdut, tukang masak, mekanik, driver bas, pemandu lori, budak sekolah, cashier, makcik kiah, pak abu, haji hamzah, datin maznah, pelakon aksi ngeri(stuntman), pelukis komik, cikgu sekolah, pensyarah universiti, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, pegawai kerajaan, lembaga pengarah syarikat. Senang cerita pelbagai lapisan masyarakat, sama ada yang muda, yang tua, yang miskin, yang kaya.

Masa mula-mula nak keluarkan modal tu memanglah terasa menggigil, tapi lepas beberapa ketika, kita tengok hasilnya, tak sudah-sudah kita tersenyum.

Kalau nak upah saya untuk buat advertorial bagi perniagaan, produk atau perkhidmatan yang korang sediakan, tak ada masalah. Segalanya kita boleh bincang, dari sudut harga, apa yang nak saya ulas, dan apa sahaja.

Bab harga jangan lah jadikan tu benda yang merisaukan kalau anda nak upah saya untuk buat advertorial, cas yang saya kenakan tak mahal, saya tak ada letakkan harga, anda bagi bajet/ anggaran yang anda mampu, kita bincang, kalau tinggi sangat bajet anda, saya bagi diskaun.

Boleh contact saya melalui emel, di jobs@alongxp.com(seeloknya letak tajuk ‘advertorial’ supaya saya lebih alert) dan sila letakkan nombor telefon (seeloknya nombor yang boleh whatsapp). atau pm di page facebook saya fb.com/blogAlongxp atau tweet saya @alongxp atau boleh juga komen disini. Jangan takut, jangan segan, saya manusia biasa, selalu makan nasi, kadang-kadang makan megi hehe.

Selain dari advertorial, anda boleh letak iklan di blog saya dengan harga antara yang termurah, sebab lokasi yang saya akan letakkan adalah di header(bahagian atas), sidebar, dan dalam post, biasanya orang bayar secara bulanan, tapi kalau anda nak bayar untuk setahun terus, saya akan bagi diskaun ditambah lagi dengan 1 entri advertorial percuma untuk produk, perkhidmatan atau perniagaan anda.

Bagi blogger pulak, kalau korang nak job, dan belum ada keyakinan nak promosikan diri sendiri (macam saya sebelum ni), korang boleh register kat laman web advertorial malaysia ni. Berbaloi daftar kat laman web advertorial ni, macam saya ni ha, sebelum ni saya tak yakin nak buat post offer nak buat advertorial macam ni, jadi saya diam-diam daftar kat laman web advertorial malaysia ni. Dan akhirnya saya ditawarkan untuk buat advertorial, dek kerana kejayaan membuat advertorial, maka saya lebih yakin nak buat entri yang macam ni

 

Hasil carian :

(Visited 296 times, 5,278,024)

10 thoughts on “Apa itu advertorial ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge