Antara rokok biasa dan rokok elektronik

Antara rokok biasa dan rokok elektronik

Kali ni saya nak kupas isu antara rokok biasa dan rokok elektronik yang orang dok sibuk katakan mengalahkan pakar.

Saya ni pun bukanlah pakar kesihatan, pakar kimia mahupun pakar elektronik, cuma saya adalah perokok dan juga penghisap rokok elektronik yang dikenali sebagai vapor.

Jadi hari ini, sebagai salah satu entri bagi cabaran 1 hari 1 entri oleh sahabat blogger, saya nak share beza antara rokok biasa dan rokok elektronik.

Sebenarnya entri beza rokok biasa dan rokok elektronik ni saya tulis lepas baca entri cerita hamba yang bertajuk rokok elektrik vs rokok konvensional

Dan saya rasa saya pun nak share juga pandangan berdasarkan pengalaman saya antara rokok biasa dan rokok elektronik.

antara rokok biasa dan rokok elektronik 2

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,574 times, 4,598,890)

Tiada bara api yang terdedah. Kalau korang tengok orang yang hisap rokok biasa, ada bara api yang terdedah yang merbahaya kalau terkena pada kita.

Dan juga membahayakan persekitaran contohnya jatuh diatas minyak atau daun dan rumput kering.

Berbeza dengan vapor, bila nak sedut baru kami tekan suis, barulah bara terhasil dan ianya berada didalam tangki yang menyimpan cecair perisa dan tidak dapat dilihat ketika dihisap.

Kalau terlepas dari tangan, bermakna suis tidak lagi tertekan bermakna ia tidak lagi hidup, jadi, lebih selamat.

Tiada abu rokok. Tak perlu tempat abu rokok untuk kami, kami tidak mengotorkan kawasan sekeliling kerana tiada abu rokok terhasil

Tiada perokok sekunder. Ini kerana apa yang dilepaskan adalah wap air, bukan asap. Ibarat apa yang anda nampak bila anda masak sup atau wap yang terhasil bila anda spray air pada permukaan besi pada penggosok baju.

wap vapor

Tiada bau busuk. Tipu lah kalau tak ada bau busuk, tapi busuk hanya kepada sesetengah orang yang tak berkenan dengan bau perisa yang digunakan jelah.

Berbanding dengan rokok biasa, beza antara rokok biasa dengan rokok elektronik, bau rokok biasa akan melekat pada nafas, pada pakaian, fabrik disekitar dan kadang kala pada badan.

Berbanding dengan rokok elektronik, baunya cepat sangat hilang, malah tak kekal walaupun dihisap didalam tempat berhawa dingin.

Anda boleh cuba sendiri, anda merokok didalam rumah, dan minta mereka yang tidak merokok untuk masuk ke rumah anda selepas sejam. Mesti mereka masih boleh bau lagi.

Berbanding dengan rokok elektronik, anda boleh buat ujian yang sama. Dan mesti tiada bau.

Lebih jimat.
Perbandingan biasa korang boleh baca di blog cerita hamba tu, beliau ada buat kiraan tu.

Macam saya pula, saya bancuh sendiri perisa vapor saya. Lagi la jimat gila. Lebih 50% jimat berbanding kalau saya beli. Tapi taklah sesedap yang beli kat kedai vapor tu.

Perisa yang dijual di kedai tu dihasilkan oleh mereka yang lebih pakar. Berbanding saya yang buat untuk tekak sendiri je.

Mesti ada yang tertanya tanya pasal vapor yang meletup tu, ok, saya pernah tanya dengan rakan-rakan dari komuniti vapor banting masa saya berkumpul dengan mereka dan salah seorang menjawab yang meletup adalah dari brand yang beliau gunakan.

Dan beliau dan beberapa rakan lain berpendapat, itu mungkin kesilapan pengguna sendiri. Tapi kita tak tahu cerita sebenar.

domain murah

(Visited 140,877 times, 4,598,890)

Kalau nak kata tentang bahaya, apa-apa benda pun bahaya, kereta meletup, terbakar, kemalangan, tapi masih ada yang menggunakan.

Rokok biasa punca kebakaran, tapi masih ramai yang merokok kan?

Dapur memasak, meletup, terbakar, punca rumah, restoran terbakar, tapi masih ramai yang guna setiap hari kan?

Saya vape sebab nak menggantikan rokok biasa, dan saya tahu, lebih banyak kebaikan dari keburukan antara rokok biasa dan rokok elektronik

Hasil carian :

(Visited 227 times, 4,598,890)

9 thoughts on “Antara rokok biasa dan rokok elektronik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge