Aku kena teruskan sisa hidup aku nih…

Kalau ikutkan,letih dah nak fikirkan masalah yg aku ada ni,  kalau tahu bila ajal aku nak sampai, seronok sikit… ni pasal tak tahu bila, nak handle masalah yang satu ni? aduh….letih la…tension aku, aku dah taknak paksa diri aku tahan tekanan, takut jadi macam sebelum nih, dok terima segala tekanan, ingatkan leh tahan, last-last kalah… aku terlepas kesan tekanan pada tempat yang bukan tempat yang sesuai…ha kau…amik…terimalah akibatnya sekarang…

Puas dah aku dok fikir camne nak setlekan, tapi aku ni manusia biasa, bukan semua banda aku mampu buat, sekarang ni, aku cuma mampu berdoa je, harap-harap hari isnin ni aku dapat capai apa yang aku hajatkan, tapi kalau aku tak dapat capai, aku kena teruskan sisa hidup aku ni…aku perlukan masa untuk sesuaikan diri, aku perlukan masa untuk hadapai hukuman atas kesalahan aku tu…

Tapi buat masa sekarang, pale aku rasa letih sangat, aku nak berehat…aku nak tdo kejap… mana tau, kot-kot bila bangun dari tdo, pale otak aku dah lega sikit…aku leh berfikir lebih rasional…

Akhir kata, cam biasa, aku mintak maaf…kalau ada yang berdendam ngan aku, aku mintak maaf sangat-sangat, tapi andai kata korang takleh maafkan aku selagi korang tak hukum aku, aku dengan rela dihukum…pastu tolongla maafkan aku…

Hasil carian :

(Visited 30 times, 4,597,465)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge