Aktifkan kad debit cimb untuk pembayaran online

Aktifkan kad debit cimb untuk pembayaran online

Assalamualaikum(untuk yang beragama islam). Hai selamat pagi, selamat tenghari, selamat petang, selamat malam semua, sudahkan korang aktifkan kad debit cimb untuk pembayaran online?

cara aktifkan kad debit cimb untuk pembayaran online

Mungkin ada yang terus balas sms dari cimb untuk aktifkan kad debit cimb untuk pembayaran online, pembayaran melalui telefon dan mail sebelum 22 disember 2015 kan?

aktifkan kad debit cimb

Tapi mungkinkan korang pun macam saya jugak? Jenis tak percaya sms tu dari cimb? Korang pun ingat tu sms scam yang kononnya dari cimb?

Ye, saya dapat sms Aktifkan kad debit cimb untuk pembayaran online,pembayaran melalui telefon dan mail tu bulan lepas, tapi saya abaikan je, sebab saya ingatkan itu sms scam.

Yela, mana la ada bukti yang tu adalah sms dari cimb, kot-kot hacker scam sms tu ke hape ke kan? walaupun kebanyakkan masa, dalam akaun saya tak ada duit, tapi risaula, bila ada 10 ringgit dalam tu, itu pun dia nak kebas, macam mana saya nak isi minyak motor honda c70 saya bila duit tu pun diorang kebas kan?

Beberapa hari lepas, bila saya nak buat pembayaran melalui paypal, tak lepas, katanya masalah dengan card issuer.

Perasaan ingin mencarut, membuak-buat ketika itu, tapi mengenangkan saya sendiri gak yang melengah-lengahkan asyik terlupa nak buat pembayaran bila dah menghadap pc, jadi saya cancel transaksi nak mencarut tu.

Saya duduk, termenung, istighfar banyak-banyak, mengenangkan nasib, kenang balik apa salah saya dengan cimb, apa yang saya dah buat dengan sotong merah tu, saya baru teringat pasal sms suruh aktifkan kad debit cimb untuk pembayaran online, pembayaran melalui telefon dan mail tu.

Saya pun sepantas kilat memujuk anak saya bagi saya guna jap telefon tu dikala dia tengah melayan youtube.

Tengok balik sms tu, katanya suruh balas sebelum 22 disember 2015, ni dah 2016 (setahun jugak tu).

Jadi macam mana nak aktifkan kad debit cimb untuk pembayaran online, pembayaran melalui telefon dan mail tu?

Memula sekali, saya carik nombo telefon helpline center, dan saya jumpa kat sini CALL CIMB

Saya pun call, dengan nada sedih saya cerita la yang saya tak boleh buat pembayaran online, saya cakapla saya ada dapat sms suruh aktifkan kad debit cimb untuk pembayaran online, pembayaran melalui telefon dan mail tu tapi saya abaikan, dan mereka faham.

Jadi bila awek cimb tu dengar suara saya yang agak macho ni, dan mungkin masa tu dia bayangkan muka saya macam zul arifin agaknya,

zul ariffin dia pun bersetuju untuk bantu saya aktifkan kad debit cimb untuk pembayaran online, pembayaran melalui telefon dan mail tu.

Caranya senang je… mula-mula bila kita call tu, dengar arahan yang dia bagi, pilih bahasa, lepas tu dia ada bagi arahan pasal kad debit, kena tekan nombor 5 kalau tak salah, lepas tu pilih nak cakap dengan operator dia, sebab kalau korang pilih nak cakap dengan ceo cimb atau makcik kantin cimb, memang tak akan dapat.

Sebelum korang call, pastikan korang tau nombor akaun korang, tau nama penuh korang, tau nombor ic dan kalau korang guna akaun syarikat, pastikan korang tau nombor pendaftaran syarikat.

Lepas dia mintak semua benda tu sebagai pengesahan, awek cimb yang layan kat telefon tu akan bantu zul ariffin aktifkan kad debit cimb untuk pembayaran online dan lain-lain tu.

Awek cimb tu cakap, boleh cuba terus, kalau tak boleh gak, cuba dalam masa 24 jam, kalau lepas 24 jam tak boleh jugak, sila mereput call diorang balik dan pastikan dalam akaun korang tu ada duit la… kalau tak ada duit tu, memang la tak boleh buat pembayaran, sebab tu kad debit, bukan kad kredit.

Hasil carian :

(Visited 1,144 times, 4,591,160)

2 thoughts on “Aktifkan kad debit cimb untuk pembayaran online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge