ada apa dengan mykad – ic malaysia

ada apa dengan mykad – ic malaysia

mykad adalah kata ganti nama diri bagi ic malaysia kan? hehehehe… Tak boleh tahan dari menulis pasal ic malaysia ataupun disebut sebagai mykad bila baca entri blogger lelaki pasal fungsi mykad.

Dek kerana perasaan tak puas hati yang membuak-buak, saya komen kat entri tu pun tak habis, jadi saya nak luahkan seluah-luahnya kat sini.

ic malaysia

Kucha lana a.k.a blogger lelaki senaraikan pelbagai fungsi yang ada pada mykad (sepatutnyalah), tapi tahukah anda ic malaysia yang anda bawak ke sana kemari tu ada fungsi tu?

Mungkin anda tahu ic tu ada fungsi tu, tapi pernahkah anda diberitahu macam mana nak guna fungsi-fungsi tu?

fungsi mykad

Ok, ni senarai fungsi yang ada pada sebuah ic malaysia atau mykad anda yang saya copy paste dari blog blogger lelaki

  • Kad Pengenalan
  • Lesen Memandu
  • Passport
  • Prasarana Kekunci Awam
  • Touch N Go
  • Dokumen Kesihatan
  • e-Tunai
  • Kad ATM
  • Kad Frequent Travellers Card (FTC)
  • e-Pasartani@FAMA
  • Pendaftaran Nelayan
  • MyPesara
  • Orang Yang Kompeten (OYK)
  • e-Kasih
  • Loyalty Card – Mykad Smart Shopper

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,553 times, 4,595,403)

 

Ok, kalau fungsi yang pertama, iaitu kad pengenalan, semua orang tahu kegunaannya terutama sekali yang selalu pergi klinik atau kena tahan masa road block. Kalau tak bawak, kena marah, paling teruk pon kena saman.

Lesen memandu, ok… part ni lah yang buat saya nak terbitkan entri pasal ic malaysia yang dikenali sebagai mykad ni.

Tak tahulah sekarang macam mana, tapi satu masa dulu, masa saya baru masukkan detail pasal lesen saya ke dalam mykad saya, dan saya sampai di satu road block, saya bagi ic je.

Pihak berkuasa tu mintak lesen saya. saya jawab ada “dalam tu, saya dah masukkan maklumat lesen saya dalam tu” sambil menunjuk ke arah ic saya. Pihak berkuasa tu jawab,kami tiada alat untuk baca mykad.

Dalam hati saya, kenapa sediakan perkhidmatan ni kalau tak semua pihak tak ada kemudahan untuk benda ni?

Kalau sekarang saya tak tahulah, sebab malas nak panjang cerita, malas nak berdebat, berhujah, bila umur dah banyak ni, masa tu terasa sangat singkat. Terasa dah banyak buang masa.

Passport?? abes tu nape orang dok bawak lagi buku merah tu? macam mana passport dalam mykad tu berfungsi? no komen.

Prasarana Kekunci Awam… hentah, mungkin sebagai verifikasi macam yang selalu orang bank buat kot.

Touch n go dalam mykad adalah satu-satunya fungsi mykad yang selalu saya guna, selalu tu taklah selalu sangat-sangat, tiap2 kali lalu tol je. Ramai yang tak tahu macam mana nak guna, so boleh baca kat sini >> guna mykad sebagai touch n go <<

Dokumen Kesihatan, so far, kalau kat selangor ni, ic malaysia kita ni memang digunakan, tapi sebagai kad pengenalan, pergi klinik, diorang ambil mykad kita, salin semua atas kertas atau kad atau buku sebagai dokumen kesihatan kita.

Apa yang saya nampak, kalau wife saya pergi buat checkup, buku mengandung tu lah yang dibawak. tak pulak bawak ic semata-mata.

Macam tulah kalau saya pergi derma darah, buku merah tulah saya bawak, tak de pulak bagi ic semata-mata.

ic malaysia bermutu tinggi ni dah 14 tahun dah dilancarkan, tapi bila fungsinya boleh digunakan sepenuhnya? 14 tahun lagi? 24 tahun lagi? 34 tahun lagi?

domain murah

(Visited 140,858 times, 4,595,403)

 

Yang nampak makin popular sekarang ni adalah Loyalty Card – Mykad Smart Shopper tu jelah yang saya nampak. Tapi tak tahulah kan?

Hasil carian :

(Visited 375 times, 4,595,403)

15 thoughts on “ada apa dengan mykad – ic malaysia

  1. maklumat lesen memandu dan passport boleh diletakkan di dalam ic.
    jika ditahan polis dan jpj maklumkan sahaja bahawa lesen memandu diletakkan dalam ic.

    Untuk passport pula, hanya maklumat boleh diletakkan kerana ic bukan menggantikan passport.
    passport merupakan dokumen yang digunakan secara antarabangsa terutama bagi urusan keluar masuk negara.
    Oleh yang demikian passport masih berkuatkuasa

  2. banyak juga fungsinya… tapi masih belum digunakan sepenuhnya atau sebenarnya negara kita belum percaya yang dianya boleh berfungsi baik… teringat kalau kita buat sesuatu dokumen kerajaan dia akan minta surat beranak… saya pernah tanya… bukan kah masa buat IC kita dah sertakan surat beranak? kalau takder surat beranak tak sah maka ic itu pun tak sah… tapi apa dia tau… dia pun pekerja bawahan saja…

    • betul tu, saya pun pernah hadapi masalah yang sama, sama juga dengan mykid, tapi sekarang dah jarang dah mereka minta surat beranak, bg mykid je pon dh boleh… tapi tulah, bg mykid, untuk disalin ke atas kertas

    • Sijil kelahiran masih diperlukan kerana itu maklumat yang direkodkan semasa kelahiran. Maklumat tersebut tidak dapat dipinda jadi amat penting dalam urusan kerajaan. Sebagai contohnya untuk melihat kaum bagi memastikan samada ada mempunyai taraf bumiputra atau tidak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge