web analytics

hari ini dalam sejarah : PERSIDANGAN MALAYA MERDEKA DI LONDON

Posted by Alongxp on January - 18 - 2012
Share

PERSIDANGAN MALAYA MERDEKA DI LONDON(sumber)

tarikh peristiwa : 18.1.1956

Detik kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, sebenarnya telah melalui proses yang penting sebelum ianya ditandatangani.  Beberapa siri rundingan telah diadakan sejak 1955 dan 1956 lagi.  Pada hari ini 18 Januari 1956, satu daripada rundingan ke arah kemerdekaan yang dikenali juga sebagai Persidangan Malaya Merdeka di London telah diadakan.  Pada hari inilah, bermulanya persidangan Meja Bulat di antara wakil-wakil Kerajaan Perikatan dan wakil-wakil Raja Melayu dengan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British di Lancaster House, London, untuk menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Persidangan ini telah mengambil masa selama 3 minggu dan masalah-masalah yang telah dibincangkan ialah:-

1.   Malaya akan merdeka dalam lingkungan Commonwealth British.

2.   Hal ehwal kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanana dan hal ehwal luar negeri akan dikuasai oleh Menteri-menteri Persekutuan Tanah Melayu.

3.   Penubuhan Jawatankuasa Bebas Kemerdekaan untuk mengkaji dan menyarankan perubahan dalam perlembagaan dengan tidak mengubah kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu.

Rombongan menuntut kemerdekaan Malaya ini diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman dengan wakil-wakil dari Rakyat Malaya terdiri dari Dato’ Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S. Lee, Tuan T.H. Tan dan Encik Bahaman Shamsudin.  Sementara wakil-wakil dari Raja-Raja Melayu pula terdiri dari Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd. Seth. Sesungguhnya persidangan Malaya Merdeka di London pada hari ini dalam tahun 1956 telah membuka jalan untuk mendapatkan kemerdekaan penuh bagi Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan dalam satu upacara yang gilang gemilang pada 31 Ogos, 1957.share entry ni dengan klik like, share, tweet, +1 ye… terima kasih banyak-banyak

This post was written by

avatarAlongxp – who has written posts on Alongxp.com.
Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Related posts:

  1. Hari ini dalam sejarah : 3 Januari 1946 – PENUBUHAN PERGERAKAN MELAYU SEMENANJUNG DI JOHOR
  2. Hari ini dalam sejarah : 4 Januari 1959 – RADIO MALAYA BERPINDAH DARI SINGAPURA
  3. Hari ini dalam sejarah : 4 Januari 1963 – KEMANGKATAN SULTAN YUSOF IZZUDIN SHAH, PERAK
  4. Hari ini dalam sejarah 8 Januari 1948
  5. Hari ini dalam sejarah : 31 Disember 1958 – JOHOR DIISYTIHARKAN SEBAGAI ‘KAWASAN PUTIH’
Categories: sejarah

Tags: , , ,

Leave a Reply


CommentLuv badge

  • RSS
  • nuffnang
  • Facebook
  • Twitter
  • Gp

Search Site

Popular Posts

sila share :...

  Isnin : -0730 / 7.30 pagi sampai kat melaka. -tdo sampai pukul ...

gile…nuffnang ni pehal?

tapi ari ni tergerak nk klik kat button earning tu ...

alongxp.com dah datang!!!

bile tengok semangat si pearl jade ni, trus aku pon ...

entri kongsi idea

aku ada idea, n aku nk berkongsi idea ni ngan ...

kesederhanaan…

xde ape yang nak tulis sangat pon...juz luahan rasa, traffic ...