10 kisah benar yang aneh

10 kisah benar yang aneh

1.Lebah yang memberi penghormatan

lebah

Kisah benar yang aneh ini berlaku di England. Margaret Bell membela lebah di Leintwardine, kira-kira 7 batu dari rumahnya di Ludlow, Shropshire. SSejurus kematiannya pada June 1994, mereka yang berkabung dikejutkan dengan kehadiran beratus-ratus lebah di satu sudut jalan dihadapan rumah Margeret Bell. Lebah-lebah itu kekal diam disitu selama sejam sebelum beterbangan diatas bumbung rumah tersebut

Wajib tengok yang ni:

Donnie yen dalam star wars? Waterpark??

40% owner kucing tak buat ni

Ajak lepak… Xkan sebab mlm kot?

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,587 times, 4,600,176)

2. Kemalangan kereta hantu.

Kisah benar yang aneh ini berlaku pada 11 Disember 2002 apabila dua penunggang motorsikal menghubungi polis dan membuat laporan ternampak sebuah kereta tersasar jauh dari jalan di Burpham. Satu pencari terperinci dilakukan dan menemui sebuah kereta tersembunyi dan pemandu yang telah mati berdekatan. Ternyata kemalangan tersebut sebenarnya telah berlaku lima bulan sebelum itu apabila pembandu kereta tersebut, Christopher Chandler telah dilaporkan hilang oleh adiknya.

 

3. Sahabat Belon

Haaa… kalau dulu masa saya kecik-kecik(sekarang pon tak besar mana) saya biasa dengar istilah teman/sahabat pena(pen pal). Tapi budak-budak zaman sekarang istilahnya “kawan facebook/facebook friends”, “follower twitter,ig” dan lain-lainlah. Tapi kisah benar yang ni memang bukan takat aneh dan pelik je… tapi memang kaw2 ajaib la…

kisah benar yang aneh - sahabat belon

Pada Jun 2001, Laura Buxton melepas belon berisi gas helium semasa ulangtahun perkahwinan datuk dan neneknya di Blurton, Staffordshire. Laura menyertakan satu nota mengandungi nama dan alamatnya dan meminta sesiapa yang menemui nota itu menulis kepadanya. sepuluh hari kemudian beliau mendapat surat dan mendapati yang notanya ditemui oleh seseorang yang bernama Laura Buxton yang berada di Pewsey, Wiltshire, kira-kira 225km dari rumahnya. Selain nama yang sama, apa yang lebih pelik adalah kedua-dua mereka mempunyai beberapa binatang peliharaan yang sama

 

4. Kanak-kanak Taufan

Kisah benar ni pulak kat cina, pada Julai 1992,semasa sorang budak 9 tahun tengah main kat Songjian, dia tiba-tiba dibawa oleh taufan dan disimpan dengan selamat tanpa kecederaan diatas pokok kira-kira 3 kilometer dari rumahnya. Menurut sebuah laporan yang dibuat pada mei 1986, satu angin kuat yang menakutkan telah membawa 13 kanak-kanak dan meletakkan mereka di kawasan bukit pasir dan belukar hampir 20 kilometer dari tempat mereka diangkat

 

5. Suara yang sangat membantu

Kisah benar yang aneh ni berlaku kat London kepada seorang wanita yang disebut oleh British Medical Journal(1997) sebagai AB. Semasa AB tengah bercuti, beliau terdengar dua suara dari dalam kepalanya menyuruh beliau balik ke rumah dengan segera. Dah sampai rumah, suara tu bagi alamat yang merupakan alamat jabatan imbasan otak disebuah hospital. Suara tu suruh AB memohon untuk membuat imbasan sebab dia ada tumor di otak tunjangnya kemerahan. Walaupun dia tak ada sintom, satu imbasan diatur dan memang dia mempunyai tumor. Selepas pembedahan, AB terdengar lagi suara tersebut. “Kami berbesar hati membantu anda, Selamat tinggal” AB akhirnya pulih sepenuhnya. macam cerita dongeng lak… ataupun suara tu mesti suara bomoh vvip yang teropong tu…
6. La Mancha Negro

kisah benar yang aneh - La Mancha Negro

Mancha e… bukan macha ke maca e… jangan salah baca lak… La Mancha Negro(kotoran hitam), adalah satu lendiri licin yang satu bentuk ancaman unik di lebihraya Venezuela. Walaupun ianya macam lumpur yang macam gula-gula getah, kerajaan telah membelanjakan berjuta dolar dalam kajian tentang benda tu, tiada siapa yang tahu apa benda sebenar benda tu, dari mana dia datang dan macam mana nak menghindarkannya. Kemunculan pertamanya(ceh macam artis plak) adalah pada 1987 diatas jalan dari caracas ke lapangan terbang, meliputi kira-kira 45 meter, dan merebak tanpa dapat dihalang tahun demi tahun. menjelang 1992, ianya adalah ancaman besar disekitar ibu negara dan ianya didakwan telah menyebabkan 1800 pengguna jalanraya telah mati setelah hilang kawalan. Masalah itu kekal hingga ke hari ini

 

7. Poskad selamat tinggal

Bapa Jim Wilson telah mati pada april 1967 di Natl,Afrika Selatan dan  Jim yang tinggal di England dan adiknya Muriel yang tinggal di Belanda telah diberitahu. Suami Muriel yang sedang mempunyai urusan di Portugal diberitahu isterinya dan segera terbang ke Afrika selatan. Semasa di lapangan terbang Las Palmas di kepulauan Canary untuk menukar pesawat, suami Muriel telah membeli sekeping poskad menunjukkan gambar pelancong di pantai Margate, Natal dan menghantarnya ke Muriel. Muriel mendapati yang orang dalam gambar diposkad tu adalah bapanya.

 

8. Penganiyaan berapi

Kisah benar yang aneh ni berlaku kepada penduduk kampung Canneto di Caronia di utara pantai Sicily. Diorang dah blur dengan masalah yang tak dapat dipastikan punca dan cara nak mengatasinya. masalahnya adalah kebakaran.  Benda ni bermula pada 20 Januari 2004 apabila sebuah TV terbakar. Lepas tu barang-barang dikejiranan pon mula terbakar macam mesin basuh, telefon bimbit, cadar, kerusi termasuk penebat di paip air. Syarikat elektri dan sayrikat kereta api telah memutuskan semua bekalan kuasa di kampung tu, tapi kebakaran terus gak berlaku. Pakar-pakar dari semua bidang dah buat ujian tapi tiada penjelasan dijumpai. Kampung tersebut dipindahkan pada bulan Febuari dan apabila mereka kembali pada bulan Mac, kebakaran tu jadi balik. Polis menolak ianya perbuatan orang gila kerana melihat wayar yang tiba-tiba terbakar

domain murah

(Visited 140,883 times, 4,600,176)

9. Bovine Eniqma

Bovine Enigma kalau merujuk kamus, bermaksud Bovine = Seperti lembu, bodoh atau lembab, Enigma = orang atau sesuatu yang sukar difahami, jadi maksudnya? Ini kerana kisah benar yang aneh ni memang sukar difahami apabila pada 28 Jun 2002, di tengah padang di suco, barat Rio Cuarto di wilayah San Luis. sembilan belas ekor lembu dijumpai didalam tangki air berkunci, bertutup dengan topi kon. sembila dari lembu tu mati lemas, yang lain hampir mati kerana kesejukan dan kejutan yang dihadi

 

10. Budak bertukar menjadi keledek

bertukar jadi keledek

Pada mac 2000 tiga murid sekolah rendah Evangelist di Bandar Nigeria utara Maiduguri bergegas ke pejabat guru besar dan memberitahu bahawa rakan mereka telah bertukar menjadi keledek selepas menerima gula-gula dari seorang yang tak dikenali. Guru besar tersebut menemui akar umbi tersebut dan membawanya ke balai polis untuk disimpan dengan selamat. Menurut laporan radio tempatan, beratus-ratus orang berpusu-pusu untuk melihat keledek sementara polis memburu pemberi gula-gula tersebut. Apa yang jadi seterusnya tidak diketahui pihak media.

 

 

 

Hasil carian :

(Visited 4,210 times, 4,600,176)

2 thoughts on “10 kisah benar yang aneh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge