10 fakta kesihatan yang mengejutkan!!

Ramai yang mencuba macam-macam cara untuk menjaga kesihatan, yang makan makanan tambahan, ubat-ubatan, bersenam, jaga makan apa semua… macam-macam caralah kan? tapi hari ni, saya nak dedahkan 10 fakta kesihatan yang boleh buat korang tersenyum, tersengih, ketawa, garu kepala, kerut dahi dan meletakkan dagu atas meja… jom kita tengok fakta kesihatan tu.

1. Gula boleh menjejaskan kesihatan seperti rokok.

Walaupun gula nampak macam tak membahayakan diri macam merokok, hakikatnya… melayan dengan makanan manis boleh membahayakan diri korang, sama macam menghisap rokok. Menurut sekumpulan pengkaji dari Universiti Carlifornia, gula merosakkan sama seperti alkohol dan rokok, menurut mereka lagi, pengambilan gula perlulah dihadkan.

2. Tidur sejam lebih menggembirakan dari $60,000

bayi tidur

Macam pelik kan? tidur sejam lagi menggembirakan pulak. Tapi pakar psikologi, Daniel Kahneman dan rakan-rakannya dari US mengkaji, kenikan mendapatan isirumah hanya memberikan sedikit kesan gembira dalam hidup. Hakikatnya, kajian mencadangkan yang tambahan 1 jam waktu tidur setiap malam lebih menggimbaran dari mendapat $60,000.

 

3. Senaman tidak akan membuat korang  jadi kurus.

Walaupun ramai membuat senaman sebagai salah satu cara untuk menjaga berat badan, banyak kajian menunjukkan, jika tidak disertakan dengan kawalan pemakanan atau diet yang sihat, ianya hanya memberikan kesan yang sangat sedikit dalam proses menurukan berat badan. Dalam kajian yang diterbitkan dalam The British Journal of Sports Medicine mendapati, sekumpulan 12 orang yang melakukan senaman yang diselia tetapi tidak melakukan diet, tidak mengalami penurunan berat badan yang nyata. Walaubagaimanapun, walaupun tak menurunkan berat badan,  senaman tetap memberikan faedah kesihatan yang lain.

4. Gula-gula getah meransang kuasa otak.

Tak ada masa untuk sarapan? Cuba gula-gula getah untuk lebih cerdas. Pengakaji dari Coventry University mendapati, gula-gula getah berperisa pudina menurunkan perasaan penat secara dramatik. Sementara itu, kajian lain mendapati, mengunyah gula-gula getah bokeh menaikkan markah ujian dan meningkatkan daya ingatan sebanyak 35%. tapi.. kunyah gula-gula getah semata-mata sambil melihat je kertas ujian akan menyebabkan korang gagal ujian tu… hehe

5. Kopi boleh menangkis kemurungan.

Kita selalu dengar yang kafein tak bagus untuk kesihatan, bagaimanapun, satu kajian dari Harvard School of Public Health menunjukkan, jika seorang perempuan meminum kopi empat atau lebih cawan sehari, ia akan menurunkan risiko kemurungan sebanyak 20%. Kajian awal yang dijalankan kepada lebih lapan puluh ribu wanita juga mendedahkan, seorang wanita yang meminum lebih dari 2 cawan kopi sehari kurang rasa untuk membunuh diri. umakaih…

6. Bersikap optimistik boleh menyelamatkan nyawa.

Optimistik(berfikiran positif), kita tahu, jika kita bersikap optimis, ia boleh membawa kegembiraan dalam hidup dan hubungan, bagaimanapun,  kajian mendapati bersikap optimistik boleh membuatkan anda hidup lebih lama. Hasil kajian yang diterbitkan dalam European Heart Journal mendedahkan mereka yang bersikap optimis jarang mengalami penyakit jantung, sementara kajian dari Duke University Medical Center pesakit jantung yang bersikap optimis hidup lebih lama berbanding mereka yang tak berapa nak optimis.

7. Mesin wang sama kotor dengan tandas.

Jarang la kot orang nak basuh tangan atau guna hand sanitizer lepas amek duit kat ATM kan? ujian kebersihan yang dilakukan kat Britain mendapati mesin wang sama kotor dengan tandas awam. Pakar mengelap pada papan kekunci dari mesin wang dan tandas dan mendapati kedua-duanya mempunyai bakteria yang sama yang boleh menyebabkan penyakit.

8. Wanita adalah sembilan kali lebih berkemungkinan untuk mengalami patah hati

ramai orang rasa yang diorang akan mati sebab patah hati, dan kajian telah membuktikan, sidrom patah hati, satu keadaan dimana pengeluaran adrenaline disebabkan oleh kejutan (sering dikaitkan dengan ketakutan atau keperitan) boleh menyebabkan kegagalan hati. Lebih mengejutkan, kajian juga mendapati perempuan 9 kali lebih berkemungkinan untuk mengalami gejala ini.

9. kurang satu peratus bakteria penyebab sakit.

Dalam kehidupan kita, kita dikelilingi bakteria. Hakikatnya, kulit manusia yang sihat diselaputi kira-kira 1000 jenis bakteria berbeza. Tapi biasanya kita didedahkan dengan kepercayaan yang bakteria adalah bahaya… Sebenarnya banyak bakteria yang baik untuk diri kita, termasuk yang hidup dalam kulit dan usus kita.

10. Regangan sebelum berlari mengurangkan ketahanan.

Kebanyakan dari kita diajar untuk membuat regangan atau memanaskan badan sebelum bersenam, bagaimanapun, kajian terbaru mendapati regangan sebelum berlari mungkin tidak begitu berfaedah untuk senaman yang dilakukan. satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Strength and Conditioning Research mendapati regangan yang dilakukan sebelum berlari menyebabkan badan seorang pelari kurang cekap dan menyebabkan mereka kurang bertenaga.

Kalau ada yang nak cari chocolate fountain, boleh tanya ngan lisa nih. tadi terbaca entry tu kat blog die

Hasil carian :

(Visited 2,461 times, 5,301,065)

5 thoughts on “10 fakta kesihatan yang mengejutkan!!

  1. dunia blogging mmg menarik . klu nak harap kita sorang je mmg tak dapat cari info2 ni semua dlm sehari . masing2 ada idea sendiri & boleh kongsi , lg mudah kan … tq info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge